Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458970
Title: Antologi puisi al-Imam al-Shafii antara yang benar dan yang palsu satu kajian retorika
Authors: al-Battah Emad Subhi Mohammad (P42291)
Supervisor: Ustaz Dr Munjid Mustafa Bahjah
Keywords: Puisi al-Imam al-Shafi' i
Pemalsuan
Gaya bahasa retorika
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-May-2013
Description: Kajian ini membahaskan 'Antologi puisi al-Imam al-Shafie antara yang benar dan yang palsu'. Al-Imam al-Shafie dikenali sebagai seorang yang alim dalam bidang fekah, namun begitu beliau juga adalah seorang pemuisi, kerana beliau memiliki naluri seni yang kreatif yang diakui sejak dahulu hingga sekarang. Beliau berjaya menjadikan puisi sebagai sesuatu yang bernilai, yang boleh dipergunakan untuk keperluannya. Antologi puisinya itu tampil dengan satu penampilan yang benar, pengujaran yang terbit daripada realiti pengalamannya. Lantaran kedudukan al-Imam al-Shafie yang masyhur dalam kalangan umat Islam, puisinya terdedah kepada perbuatan tidak bertanggungjawab dan pemalsuan. Dari sinilah munculnya permasalahan kajian ini untuk mengenal pasti bait-bait puisi yang sebenar untuk dinisbahkan kepada al-Imam al-Shafie daripada yang palsu, faktor-faktor yang mendorong sesetengah pihak menisbahkan beberapa puisi kepada beliau, di samping menjelaskan era penting yang menyerlahkan ketokohannya sebagai pemuisi. Objektif kajian ini ialah untuk menelusuri puisi al-Imam al-Shafie yang benar dinisbahkan kepadanya di samping mengkaji gaya bahasa retorika yang terkandung dalam antologinya. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen dan deskriptif dengan menggunakan kajian perpustakaan dalam pengumpulan maklumat dan menganalisis kandungan antologi tersebut untuk mengenal pasti gaya bahasa retorikanya. Antara dapatan kajian ini ialah; antologi al-Imam al-Shafi c i telah tercemar dengan beberapa usaha pemalsuan, penyelewengan dan penokok tambahan. Ia berlaku kerana tempoh waktu antara sumber-sumber yang menghimpunkan puisinya dengan tarikh kewafatannya agak jauh. Kebanyakan puisinya diriwayatkan pada kurun ke-5 Hijrah di mana bilangan sumbernya ialah 13 buah sumber dengan bilangan teks puisinya adalah 95 teks serta bilangan bait-bait puisinya yang sebenar ialah 264 bait. Kajian ini juga mendapati bahawa antologi al-Imam al-Shafi c i kaya dengan pelbagai bentuk gaya bahasa retorika yang ada dalam ilmu balaghah. Perkara ini dapat menyerlahkan ketokohan, pengalaman dan kebijaksanaan beliau dalam ilmu balaghah sebagaimana yang terpancar dalam puisinya,This study is concerned with the anthology of al-Imam al-Shafi c i between the confirmed and the counterfeited rhetoric. al-Imam al-Shafi c i is known among his people as a jurist and also as a poet because he embodies long testified artistic instinct. al-Imam al-Shafi c i succeeds in making poetry as a magnificent tool to serve his purpose. Thus, his anthology of poetry shows an honest picture and real expression of his experiences. Because of his nobility and position among the Muslims, the poetry of al-Imam al-Shafi c i succumbs to ridicule and plagiarism. From this arises the problem of this research to identify the poetry accurately and inaccurately attributed to al-Imam al-Shafi c i and the factors in the attribution of some poetry to him, besides explaining the period of time associated with him as a poet. The objective of this research is to examine the poetry of al-Imam al-Shafi c i that is accurately attributed to him. Likewise, it is aimed at the rhetorical stylizations embodied in the anthology. This study adopts documentation method and descriptive analysis, relying on library research instrument to acquire related data and to analyze the content of the rhetoric in the anthology to identify the stylization of his rhetoric. This study points out that the anthology of al-Imam al-Shafi c i is tarnished with forgery, distortion and addition. This happens because the span of time between the sources that collect his poetry, and the date of his death is vastly different. Most of his poetry is narrated in the fifth century of Hijrah when the number of the sources is 13 sources with the number of texts of his poetry is 95, in addition to his poetical verses amounting 264. Likewise, it is obvious that the anthology is overwhelmed with various rhetorical stylizations related to knowledge of rhetoric. This distinguishes the rhetoric, expertise and wisdom that alImam al-Shafi c i is honored with as can seen in his poetry,Ph.D
Pages: 253
Call Number: PJ7741.S46 A63 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81520+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.