Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458969
Title: Modernisme dan penghinaan terhadap Islam dalam puisi Adoins
Authors: Mansour Gamela Basher al-Taher (P53159)
Supervisor: Dr.Zulkarnain bin Muhammad
Keywords: Puisi Adoins
Penghinaan
Islam
Islam-Apologetic works
Issue Date: 25-Jul-2013
Description: Kajian ini menyentuh isu penghinaan terhadap Islam dalam karya Adonis – Ali Ahmad Said Asbar – dengan fokus yang diberikan terhadap idea dan mentalitinya yang ketara. Kajian ini menyasarkan kandungan karya beliau yang cuba diterapkan dan disogokkan dalam minda para pembaca. Melalui karya, cerita, kuliah dan esei beliau cuba menjelaskan pandangannya yang menyanggah akidah Islamiah. Pemuisi ini merupakan salah seorang pengkritik Arab terawal yang berusaha mengembangkan modenisme Arab dari sudut terminologi dan definisi. Begitu juga, beliau dianggap sebagai salah seorang pemuisi Arab terawal yang mengguna puisi prosa Arab. Persoalan kajian ini berlegar pada perbincangan tentang mentaliti Adonis, dengan memberikan fokus tentang sejauh mana beliau memberikan gambaran salah tentang Allah, mempersendakan para Nabi dan Rasul-Nya. Juga sejauh mana beliau memberontak terhadap nilai, pemikiran dan akhlak Islamiah dengan alasan ia telah ketinggalan. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan ancaman penghinaan tersebut terhadap Islam dan kedudukannya dalam karya Adonis, selain daripada pencerahan tentang faktor kegopohannya dalam menghina Islam dan keangkuhan pandangannya bahawa tiada apa pun yang berkekalan, dan kehidupan, moral dan kebudayaan sentiasa berubah. Kajian ini menggunakan metode analisis deskriptif yang dengannya teks antologi dan karya Adonis dikaji untuk menyingkap pendiriannya tentang Islam. Begitu juga, kajian ini menggunakan metode analisis sejarah untuk menjelaskan autobiografi Adonis, serta persekitaran yang mencorakkan kehidupan dan karyanya. Penemuan terpenting ialah Adonis berpegang pada modenisme dan ini jelas pada sikapnya mempersendakan kemuliaan Islam dan gambaran salahnya tentang Allah Taala, para Nabi, kitab dan perundangan-Nya, di samping sikapnya yang mempersoalkan alam ghaib. Selain itu, Adonis mempersendakan tamadun Islam, termasuklah simbol, personaliti dan bangunan sejarahnya. Sebaliknya, beliau terpesona dengan tamadun Barat, termasuklah ideologi dan pergerakannya.,This study addresses the issue of insulting Islam in Adonis's works – Ali Ahmad Sa c id Asbar – focusing on his most conspicuous opinions and mindset. This study is aimed at the contents of his works that he seeks to inculcate and consolidate in readers' minds. Through his works, stories, lectures and essays, he strives to crystallize his views that contradict Islamic faith. This poet is one of the first Arab critics who foster and establish Arabic modernism in terms of terminology and definition. Likewise, he is regarded as one of the first Arab poets who adopt Arabic prose poetry. The problem of this study revolves around discussion of the mindset of Adonis, by focusing on how far he misrepresents Allah and ridicules the prophets and messengers, and how far he revolts against Islamic values, thoughts and moralities on grounds that they are obsolete. The objective of this study is to explain the threat of hurting Islam and where the threat lies in the works of Adonis, apart from elucidating the factors in his reckless insult of Islam and his arrogation that there is totally nothing lasting and that life, morality and culture are in continuous progress. This study adopts analytical descriptive method whereby the texts of the anthologies and works of Adonis are analyzed to clarify their stances on Islam. Likewise, this study employs historical analysis method to elucidate the autobiography of Adonis, and the environment that shapes his life and literary works. The most important finding is that Adonis adopts modernism and this is manifest in his ridicule of Islamic sanctities and his misrepresentation of Allah Most High, His prophets, books and law, and his questioning of Invisible Worlds. Besides, Adonis ridicules Islamic civilization, including its symbols, personalities and fortresses and instead, he is fascinated with Western civilization, including its ideology and movement.,Master,Kajian ini menyentuh isu penghinaan terhadap Islam dalam karya Adonis – Ali Ahmad Sa c id Asbar – dengan fokus yang diberikan terhadap idea dan mentalitinya yang ketara. Kajian ini menyasarkan kandungan karya beliau yang cuba diterapkan dan disogokkan dalam minda para pembaca. Melalui karya, cerita, kuliah dan esei beliau cuba menjelaskan pandangannya yang menyanggah akidah Islamiah. Pemuisi ini merupakan salah seorang pengkritik Arab terawal yang berusaha mengembangkan modenisme Arab dari sudut terminologi dan definisi. Begitu juga, beliau dianggap sebagai salah seorang pemuisi Arab terawal yang mengguna puisi prosa Arab. Persoalan kajian ini berlegar pada perbincangan tentang mentaliti Adonis, dengan memberikan fokus tentang sejauh mana beliau memberikan gambaran salah tentang Allah, mempersendakan para Nabi dan Rasul-Nya. Juga sejauh mana beliau memberontak terhadap nilai, pemikiran dan akhlak Islamiah dengan alasan ia telah ketinggalan. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan ancaman penghinaan tersebut terhadap Islam dan kedudukannya dalam karya Adonis, selain daripada pencerahan tentang faktor kegopohannya dalam menghina Islam dan keangkuhan pandangannya bahawa tiada apa pun yang berkekalan, dan kehidupan, moral dan kebudayaan sentiasa berubah. Kajian ini menggunakan metode analisis deskriptif yang dengannya teks antologi dan karya Adonis dikaji untuk menyingkap pendiriannya tentang Islam. Begitu juga, kajian ini menggunakan metode analisis sejarah untuk menjelaskan autobiografi Adonis, serta persekitaran yang mencorakkan kehidupan dan karyanya. Penemuan terpenting ialah Adonis berpegang pada modenisme dan ini jelas pada sikapnya mempersendakan kemuliaan Islam dan gambaran salahnya tentang Allah Taala, para Nabi, kitab dan perundangan-Nya, di samping sikapnya yang mempersoalkan alam ghaib. Selain itu, Adonis mempersendakan tamadun Islam, termasuklah simbol, personaliti dan bangunan sejarahnya. Sebaliknya, beliau terpesona dengan tamadun Barat, termasuklah ideologi dan pergerakannya.
Pages: 131
Call Number: BP170 .M34 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81507+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.