Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458968
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr.Zamri Ariffin-
dc.contributor.authorUlaymat Emnawar Mustafa Muhammad (P53049)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:38:26Z-
dc.date.available2023-09-13T07:38:26Z-
dc.date.issued2013-04-30-
dc.identifier.otherukmvital:81506-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458968-
dc.descriptionSetelah menyelidiki penggunaan warna dalam puisi Arab, didapati bahawa para pemuisi Arab mengguna warna dalam puisi mereka pada pelbagai periode kesusasteraan Arab. Warna dianggap sebagai salah satu elemen gambaran puisi. Seseorang pemuisi yang mengguna warna yang sesuai boleh menyumbang kepada pengayaan gambaran puisi. Objektif kajian ini ialah untuk menyerlahkan kedudukan Ibn Darraj al-Qastali dari Andalus dan untuk membezakannya daripada para pemuisi lain berkenaan penggunaan warna. Juga, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki warna-warna dalam puisi beliau mengikut kepelbagaian tema puisinya. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kesan persekitaran dalam penggunaannya terhadap pelbagai warna. Juga berkait dengan objektif kajian ini ialah penelitian perspektif warna dan psikologi dalam puisi Ibn Darrāj. Kajian ini mengguna pakai metode berikut: metode induktif, metode analisis deskriptif, metode psikologi dan metode statistik. Kajian ini diasaskan pada antologi puisi Ibn Darraj al-Qastali yang diedit oleh Dr. Mahmoud Ali Makki dan mengguna analisis psikologi terhadap warna itu dan isyaratnya untuk mendedahkan perspektif warna dan psikologi dalam puisinya. Dengan ini, graf digunakan untuk menjelaskan hubung kait warna itu. Kajian ini menunjukkan bahawa puisi Arab kaya dengan penggunaan warna, terutamanya puisi Andalus. Berkenaan dengan hasil kajian juga, warna merupakan elemen penting dalam struktur gambaran puisi Ibn Darraj. Warna-warna tersebut menggambarkan pengalaman hidupnya yang berlegar antara harapan dengan kekecewaan. Warna putih sangat ketara dalam antologi puisinya, terutamanya berkenaan dengan tema pujian, yang diikuti tema gambaran alam semula jadi. Ia diikuti dengan warna hitam, juga terdapat penduaan warna putih dan hitam yang menghasilkan tibaq, gandingan kontrastif, salah satu aspek keindahan ilmu badi, yang dominan pada era pemuisi tersebut. Warna putih dan hitam diikuti oleh warna merah. Menyentuh warna lain pulan ia diketengahkan secara tidak sekata, antaranya ialah warna biru, hijau, emas, perakdan kuning. Walaupun penyair Arab memahami keindahan warna dan bijak dalam mengembangkan gambaran puisi, masih terdapat keperluan untuk mengkaji warna dalam contoh-contoh laindalam warisan keilmuan Arab, terutamanya berkenaan dengan Andalus. Sebabnya ialah khazanah keilmuan Arab masih memerlukan bentuk kajian seumpama ini.,Having examined the use of colour in Arabic poetry, it is found that Arab poets employ colours in their poetry in different periods of Arabic literature. Colour is considered to be one of poetic portrayal elements. A poet's use of suitable colour may contribute to the enrichment of poetic portrayal. The objective of this study is to crystallize the position of Ibn Darraj al-Qastali of Andalusia and to distinguish him from other poets in the respect of using colour. Also, this study intends to examine the colours in his poetry in accordance of his various poetic themes. Besides, it is aimed to explain the effect of Andalusia environment in his use of colours. Of the objectives of this study also is the examination of colour and psychological perspectives in the poetry of Ibn Darraj. This study adopts the following methods: inductive method, descriptive analytical method, psychological method and statistic method. This study is based on the anthology of Ibn Darraj al-Qastali edited by Dr. Mahmoud Ali Makki and relies on psychological analyses of the colours and their significances to expose the colour and psychological perspectives of his poetry. Thus, graphs are used to explain his attributions of colours. This study points to the abundance in Arabic poetry of colours, especially in Andalusia poetry. Of the finding also is that use of colours constitutes an important element in the structure of the poetic portrayal of Ibn Darraj. The colours do reflect his experiences of his life that oscillate between hope and hopelessness. White colour is prevalent in his anthology, especially concerning panegyric theme, followed with description of the nature. It is followed with black colour; also there is the duality of white and black colours, which produces tibaq, contrastive juxtaposition as one of badio rrhetorical creative beautification that characterizes the period of the poet. White and black colours are then followed with red colour. As of other colours, they are presented in disparity and of which are blue, green, golden, silver and yellow colours. Despite an Arabic poet understanding the beauty of colours and being adroit at enhancing poetic portrayal, there is a need to study the colour in other models of Arabic legacy, especially that of Andalusia because Arabic knowledge treasure is in need of this kind of study.,Master-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPenggunaan warna-
dc.subjectIbn Darraj al-Qastali-
dc.subjectPuisi Arab-
dc.subjectColors in literature.-
dc.titleWarna dalam puisi Ibn Darraj al-Qastali.-
dc.typetheses-
dc.format.pages147-
dc.identifier.callnoPJ7750.I17 Z589 2013-
dc.identifier.barcode001705-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81506+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.