Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458966
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr. Abdul Wadud Mustafa Mursy As-Sau'di
dc.contributor.authorRaddad Ayat Z. M. (P62543)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:38:22Z-
dc.date.available2023-09-13T07:38:22Z-
dc.date.issued2013-02-11
dc.identifier.otherukmvital:81503
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458966-
dc.descriptionPermasalahan kajian kelihatan secara jelas pada beberapa perkara berikut; ketidakwujudan kesedaran terhadap kepentingan kaunseling syarie dan bagaimana cara mendapatkannya serta waktu yang sesuai bagi memperolehnya dan peranannya yang berkesan dalam masyarakat Arab, terutamanya di Palestin, serta kesannya dalam pembinaan dan pengembangan keluarga; pengetepian golongan wanita dalam proses kaunseling dan anggapan ia tidak penting dalam menghasilkan kejayaan; keperluan Bahagian Pemulihan dan Kaunseling Keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah Palestin kepada pengembangan yang lebih besar; di samping kekurangan pusat-pusat kaunseling keluarga terutamanya di Tebing Barat, Palestin. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti konsep kaunseling, penjelasan tentang hukum hakam berkaitan, rukun, matlamat dan kelebihannya; menjelaskan tentang ciri khusus yang terpenting serta sifat-sifat seorang kaunselor yang berjaya; waktu yang sesuai untuk mendapatkan kaunseling; menekankan kepentingan kaunseling syarie dan kemampuannya memberikan pandangan, nasihat dan panduan serta merealisasikan hasil yang memberangsangkan; menekankan kepentingan kaunseling syarie dan peranannya dalam menyelesaikan permasalahan kekeluargaan; menjelaskan peranan Bahagian Pemulihan dan Kaunseling Keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah khususnya di Palestin dan gesaan supaya institusi ini dikembangkan lagi; mengenal pasti pusat-pusat kaunseling keluarga dan keberkesanannya dalam mencegah permasalahan kekeluargaan daripada berlaku dan bagaimana merawatnya. Kajian ini menggunakan dua metode, iaitu metode induktif dengan mengkaji pendapat-pendapat fuqaha secara menyeluruh dan menjelaskan dalil-dalil mereka serta titik persepakatan dan juga titik perselisihan di kalangan mereka. Kemudian kajian ini menggunakan metode analisis dengan mengumpulkan teks-teks dan permasalahan-permasalahan fiqh yang dikaji serta menganalisisnya, kemudian mentarjihkan pandangan yang pada pendapat pengkaji adalah lebih hampir kepada kebenaran dan lebih hampir kepada kemaslahatan dalam pandangan-pandangan fiqh yang dikemukakan. Selepas itu, kajian ini menghubungkaitkan pendapat-pendapat fiqh tersebut dengan realiti semasa dan kemungkinan pengaplikasiannya pada zaman moden ini. Kajian ini memperoleh beberapa dapatan; kepentingan utama kaunseling adalah kerana ia boleh menghalang pelbagai permasalahan kekeluargaan daripada berlaku dan mewujudkan penyelesaian yang sesuai terhadap permasalahan tersebut; penjelasan tentang ciri-ciri dan sifat khusus yang seharusnya ada pada seseorang kaunselor; kaum wanita juga mempunyai kemampuan untuk menceburi bidang ini dan merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan; Bahagian Pemulihan dan Kaunseling Keluarga di Mahkamahmahkamah Syariah Palestin amat perlu kepada penambahbaikan dan pemodenan; akhirnya keperluan masyarakat kita kepada pusat-pusat kaunseling kekeluargaan, kerana kepentingannya dan kesannya yang positif pada peringkat individu, keluarga dan masyarakat keseluruhannya, serta peranannya yang berkesan dalam mempersembahkan nasihat dengan cara yang ideal dan canggih.,The statement of problem of the research is evident from the absence of understanding of Islamic counseling, the method of its achievement, the right time of seeking it and its effective role in the Arab societies specially that of Palestinian society, also the effect of counseling in the establishment of family life, its development and the sidelining of woman counseling and undermining its importance and successful achievement. Furthermore, the divisions of family reform and counseling in the Shari'ah courts being in need of greater enhancement, along with the lack of family counseling centers especially in the western bank of Palestine territory present other aspects of the problem of the research. The objectives which the researcher tries to achieve are; to define counseling its specific rulings, pillars, objectives and merit, and to elaborate on the important characteristics and qualities of a successful counselor. Among the other objectives of the research are; the identification of the suitable time for seeking counseling, and the demonstration of the significance of the woman counseling and her ability of giving counseling and advice hence, achieving marvelous results, also establishing the importance of Islamic counseling and its effective role in solving family problems and the exposition of the role of the divisions of family reform and guide in Islamic courts specially Palestinian courts, thus encouraging development of Islamic family counseling centers and recognition of their role in prevention of the family problems and their treatments. The researcher has adopted two methods in writing this research, firstly, inductive method where the researcher investigate the views of scholars and their evidences and exposes the points of agreement and disagreement among them. Secondly, analytical method where, the data and information gathered from different sources are analyzed and the authentic views pertaining juristic issues, which enhance public interest are preferred and their relevance to the contemporary social reality is highlighted. The researcher at the end of her research arrived at certain conclusions among which are the magnificent role of the counseling in prevention of the various family problems and the provision of suitable solution to them, demonstration of the characteristics of family counselor and his attributes. The researcher also arrived at the conclusion that woman is capable of involvement and excelling in this field hence, achieving success. Moreover, divisions of family reform and guide in Islamic courts especially Palestinian courts are in need of more measures for further development, and finally the need of Palestinian society for establishment of family counseling centers, due to their significance role and influence on individual, family and the society as a whole, and its active role in offering exemplary and sophisticated advice.,Master
dc.language.isoara
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKaunseling syarie
dc.subjectKaunseling Keluarga
dc.subjectPalestine
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKaunseling syarie terhadap keluarga Islam : keluarga Palestin sebagai model
dc.typetheses
dc.format.pages230
dc.identifier.callnoHQ10.P19 R334 2013
dc.identifier.barcode001702
dc.identifier.barcode001703
dc.identifier.barcode001704
dc.identifier.barcode002689 (2013)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81503+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.