Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458965
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr. Izziah Suryani Mat Resad@Arshad
dc.contributor.authorMohamad Khairul Izwan Rifin (P53078)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:38:21Z-
dc.date.available2023-09-13T07:38:21Z-
dc.date.issued2014-02-20
dc.identifier.otherukmvital:81501
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458965-
dc.descriptionIbadah wakaf dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia telah lama dilaksanakan. Namun begitu, dari segi pengurusan harta wakaf di Malaysia, ia diletakkan di bawah pentadbiran agama negeri dan sering dianggap tidak tersusun serta sumbangan manfaatnya masih belum mencapai tahap maksimum. Situasi ini menyebabkan perkembangan pengurusan wakaf berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah mengkaji perkembangan pengurusan wakaf melalui peranan individu dan kerajaan serta permasalahan yang timbul dalam amalan wakaf oleh masyarakat muslim di Negeri Sembilan. Secara umumnya, kajian ini adalah kajian kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Bagi kajian kepustakaan, ia dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkaitan sejarah ibadah wakaf daripada sumber-sumber asas serta dilakukan analisis yang terperinci ke atasnya. Kajian lapangan pula dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan pengurusan dan pentadbiran harta wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta tinjauan dan temubual lisan dengan tiga individu yang berpengalaman dalam pengurusan wakaf. Hasil kajian mendapati pengurusan wakaf yang dipraktikkan di Negeri Sembilan masih lagi belum tersusun dan perkembangannya dilihat agak perlahan berbanding amalan pensyariatan yang lain. Ekoran itu, pengurusan wakaf di Negeri Sembilan khususnya mesti dilakukan dengan lebih sistematik bagi menzahirkan kelenturan dan keutuhan sistem ekonomi dalam menyediakan kemudahan dan bantuan kepada umat Islam. Sumbangan kajian ini menyedarkan pihak yang bertanggungjawab bahawa pengurusan harta wakaf di Negeri Sembilan perlu diperbaiki dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pihak yang berwajib dalam pengurusan wakaf di Negeri Sembilan boleh melakukan kajian terhadap pengurusan wakaf di negeri-negeri lain supaya boleh dijadikan sebagai model dalam melakukan penambahbaikan pengurusan harta wakaf di Negeri Sembilan.,Wakaf among Muslim society in Malaysia has been long implemented. However, in the aspect of wakaf asset management in Malaysia, it is placed under state religious administration and is always regarded as unorganised as well as the distribution of its benefit still falls short of being maximized. This situation causes the development of wakaf management to differ from one state to another. Therefore, the main objective of this study is to analyse the management development of wakaf practice through individual and governmental roles and the problem arising from the wakaf practice of Muslim community in Negeri Sembilan. Generally, the methodology of this study is qualitative incorporating library research and field research. As for library research, it is carried out by collecting data and information related to the history of wakaf practice from fundamental sources which are later authenticated scrupulously. Meanwhile field research is conducted by collecting data and information pertaining to the management and governance of the wakaf asset in the Islamic Religious Council of Negeri Sembilan (MAINS), in addition to observation and interview with amongst three experienced individuals who involving in wakaf management. The outcome of this study is that the wakaf asset management being practised especially in Negeri Sembilan is still unorganised and its development is seen as sluggish compared to other shariat practices. In this regard, the wakaf management especially in Negeri Sembilan must be accomplished more systematically in order to externalise the integrity and solidity of an economic system in providing facility and assistance to Muslim society. As for the contribution of this study, it awakens those responsible to the fact that the management of wakaf asset in Negeri Sembilan needs an improvement and revision from time to time. Those responsible in wakaf management in Negeri Sembilan could also take up an analysis of wakaf management in other states in order to find a model in carrying out reform of the management of wakaf asset in Negeri Sembilan.,Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWakaf
dc.subjectMasyarakat muslim
dc.subjectNegeri Sembilan
dc.subjectCharitable uses
dc.subjecttrusts
dc.subjectand foundations (Islamic law)-Malaysia-Negeri Sembilan.
dc.titlePerkembangan pengurusan wakaf di Negeri Sembilan
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoBP158.W26 M845 2014
dc.identifier.barcode001700
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81501+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.