Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458958
Title: Peranan prinsip kesederhanaan menurut perspektif Islam dalam menangani krisis alam sekitar
Authors: Noor Haliza Ali (P50549)
Supervisor: Dr. Wan Fariza Alyati binti Wan Zakaria
Keywords: Krisis alam sekitar
Prinsip kesederhanaan
Islam
Environmental protection-religious aspects-Islam
Issue Date: 11-Oct-2013
Description: Krisis alam sekitar dalam masyarakat hari ini semakin parah apabila ia mengundang pelbagai bentuk bencana alam yang menyebabkan kemusnahan dan kerosakan alam dalam skala yang besar. Kajian ini bertujuan mengetengahkan konsep dan peranan prinsip kesederhanaan dalam Islam sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku ketika ini. Prinsip kesederhanaan ini membawa pengertian keseimbangan, adil, amanah dan jimat cermat yang merupakan fitrah dalam diri insan. Kritria-kriteria ini mampu memandu manusia ke jalan yang lebih selamat dalam mengurus dan meneroka alam sekitar. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan dan temubual tokoh bagi mendapatkan pandangan tentang permasalahan yang dihadapi. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa prinsip kesederhanaan dalam Islam merupakan prinsip teras yang perlu diamalkan dalam kehidupan bagi mengelakkan sikap tamak, rakus serta membazir dalam mengurustadbir dan meneroka khazanah alam ini demi kesejahteraan global. Kajian ini turut mendapati bahawa prinsip kesederhanaan ini secara tidak langsung telah wujud dalam akta-akta dan peraturan melalui kawalan dan prosedur-prosedur penggunaan dan had-had pelepasan cecair dan gas, kedudukan kawasan pembangunan yang merangkumi cara-cara dan kaedah yang dapat memelihara alam sekitar. Kesedaran terhadap pentingnya amalan kesederhanaan ini dapat disebarluaskan kepada masyarakat melalui pendidikan, media dan penguatkuasaan akta dan undangundang. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Institut Kefahaman Islam Malaysia dalam membentuk polisi atau dasar yang berteraskan prinsip kesederhanaan dalam Islam yang berkaitan dengan alam sekitar.,Environmental crisis in our contemporary is worsening when it invites multiple disasters resulted in massive destructions and large scale damages on Nature. This study aims at highlighting the role of the principle of moderation in Islam as a solution to the current environmental problems. This principle would mean a balance of simplicity, fairness, honesty and thrift that is part of human nature. These criteria are able to guide people to a more sustainable way in managing and exploring the environment. This study is a qualitative study using literature review methods to obtain expert's opinion in related field. Results from this study finds that the principle of moderation is a core principle that should be practised in life to avoid greediness and improvidence in managing and exploring the environment for the sake of global prosperity. The study also finds that the principle of moderation has been in some way employed in the government acts and regulations through controls and procedures and limitations in the use of liquid and gas emissions, a position that includes the development of the means and methods that can preserve the environment. Awareness on the importance of the practice of moderation can be propagated to the community through education, media as well as law enforcement. This is hoped to help religious institutions such as Islamic Development Department of Malaysia, States' Islamic Department, Mufti Department and Malaysia Institute of Islamic Undertanding would form relevant policy based on the principle of moderation related to the environment.,Master
Pages: 117
Call Number: BP190.5.N38 N64 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81281+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.