Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458956
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya. Dr. Kamarudin Salleh-
dc.contributor.authorKhoiruddin Muhammad Yusuf (P47771)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:38:04Z-
dc.date.available2023-09-13T07:38:04Z-
dc.date.issued2013-07-10-
dc.identifier.otherukmvital:81274-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458956-
dc.descriptionUnsur-unsur pemikiran Gus Dur adalah cenderung kepada fahaman liberalisme agama seperti bentuk hubungan Islam dan Negara yang menempatkan Islam hanya sebagai faktor pelengkap sahaja, Pribumisasi Islam dengan mendahulukan hukum adat berbanding syariat Islam, hak asasi manusia dan demokrasi yang menurutnya tidak perlu merujuk kepada syariat Islam, tetapi harus bersesuaian dengan konsep liberal. Selain itu, orang yang berpindah agama dari Islam tidak boleh dijatuhkan hukuman murtad, kerana hal ini adalah kebebasan beragama. Namun begitu, pemikiran Gus Dur ini mendapat sokongan daripada generasi muda di Indonesia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji idea liberal Gus Dur, mengenal pasti konsep liberalisme agama Gus Dur dan menganalisis matlamat liberalisme agama itu untuk mengetahui sejauh mana ia menepati prinsip Islam sebenar atau tidak. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan sepenuhnya yang berkaitan dengan bahan-bahan penulisan primer dan sekunder, sama ada dari tulisan Gus Dur sendiri sebagai asas dalam kajian ini mahupun karya intelektual lain. Data yang diperolehi kemudian dianalisis berdasarkan pendekatan deskriptif dan komparatif, di mana analisis kandungan menjadi tumpuan dalam penulisan ini dan membandingkan ideanya dengan pemikir yang lain. Secara amnya, wujud pendapat pro dan kontra dalam kalangan intelektual Islam Indonesia tentang isu ini. Namun, hasil kajian mendapati bahawa dari sudut akidah Islam sebenar, pemikiran ini dianggap telah menyeleweng dari doktrin Islam yang telah disepakati oleh jumhur. Berasaskan kepada sifat kajian yang cuba menilai isu ini dari perspektif Islam, maka kajian ini boleh dinyatakan sebagai satu langkah untuk menghilangkan keraguan terhadap permasalahan tersebut, sehingga masyarakat dapat memahami pemikiran agama Gus Dur yang sebenar dan mendedahkan kekeliruan fahamannya.,The elements in Gus Dur's thought incline to religious liberalism such as the relationship between Islam and the State which perceive Islam as only a complementary, the indigenization of Islam that put customary law above the Islamic law, human rights and democracy without made reference to Islamic law, but should be compatible with the liberal concept. In addition, religious freedom for Muslims to convert to other religions without being judged as apostates. However, Gus Dur's thought have support from many of the young generations in Indonesia. The objective of this study is to investigate some of Gus Dur's liberal ideas of religious liberalism, to identify his concept of religious liberalism, and finally to analyze its purpose in order to determine the extent to which they conform to the true Islamic principles. This study applies library research method in which primary and secondary sources from Gus Dur's writings as well as other intellectuals' works were scrutinized and analyzed based upon descriptive and comparative approaches though content analysis. Generally, there are pro and contra opinions among Muslim Indonesian intellectuals on the issues brought up by Gus Dur. However, the study found that from the perspective of the true Islamic faith, Gus Dur's way of thinking is deemed to be deviated from the Islamic doctrines as agreed by the majority of the Muslim scholars (ijmaᶜ). As this study attempts at everlasting the issue from the Islamic perspective, it hopes to be contribute in removing confusions to the problem and thus helps the society to have clearer understanding of Gus Dur's religious thoughts and exposed his misappropriations.,Master-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPemikiran Gus Dur-
dc.subjectLiberalisme-
dc.subjectIslam-
dc.subjectLiberalism-Religious aspects-Islam-
dc.titleLiberalisme dalam pemikiran Gus Dur-
dc.typetheses-
dc.format.pages166-
dc.identifier.callnoBP173.65 .K496 2013-
dc.identifier.barcode001662-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81274+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.