Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458952
Title: Prospek dan kerangka perundangan hukum sebatan dengan rotan ringan terhadap pesalah muda di Mahkamah Syariah
Authors: Siti Amalina Ahmad Khairundin. (P60379)
Supervisor: Dr. Mohd Al-Adib Samuri
Keywords: Hukum sebatan
Rotan ringan
Pesalah muda
Mahkhamah Syariah
Punishment (Islamic law)
Issue Date: 25-Feb-2014
Description: Hukum sebatan dengan rotan ringan di Mahkamah Syariah tidak dikenakan kepada pesalah muda, walaupun pada dasarnya Islam menggariskan sebatan adalah antara bentuk hukuman yang boleh dikenakan kepada kanak-kanak sebagai satu bentuk pendidikan (ta'dib). Tambahan pula, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan hukuman sebatan dengan rotan ringan kepada pesalah kanak-kanak di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Bagaimanapun, skop hukuman undang-undang Islam di Malaysia terikat dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang tidak memperuntukkan hukuman sebatan dengan rotan ringan terhadap pesalah muda. Ketiadaan peruntukan ini menyebabkan Mahkamah Syariah tidak dapat melaksanakan hukuman ini kepada pesalah muda. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan fuqaha' terhadap hukuman sebatan dengan rotan ringan bagi pesalah muda, menganalisis perspektif Hakim Syarie tentang prospek hukuman ini di Mahkamah Syariah, dan membina kerangka perundangan hukum sebatan dengan rotan ringan terhadap pesalah muda di Mahkamah Syariah. Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur terhadap lima orang hakim yang terdiri daripada Hakim dari Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif, tematik dan deduktif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati, matlamat sebatan di Mahkamah Syariah pada hari ini adalah bertepatan dengan kehendak syarak. Semua hakim bersetuju sepenuhnya pembinaan kerangka perundangan hukum sebatan dengan rotan ringan terhadap pesalah muda di Mahkamah Syariah, kecuali seorang hakim bersetuju dengan syarat rekod pesalah muda yang dijatuhi hukuman ini dirahsiakan. Kajian ini menemui kerangka perundangan hukum sebatan dengan rotan ringan terhadap pesalah muda di Mahkamah Syariah sebagai langkah permulaan.,Punishment of light cane at the Shariah Court is not imposed on juveniles offenders, eventhough Islam enumerated it as among the types of punishment that could be imposed upon children as a lesson (ta'dib). Furthermore, the Children Act 2001 (Act 611) provides it as punishment to juvenile offenders in court.However, the Shariah Court's jurisdiction on Islamic Law in Malaysia is bound with the Act of Shariah Court (Criminal Jurisdiction) 1965 (Act 355) that has no provision on light cane punishment towards juvenile offenders. The absence of such provisions has outlawed the Shariah Court from imposing such punishment to the juvenile offenders. Thus, this research aims to study on fuqaha's opinion of the punishment of light cane towards juvenile offenders, analyses the prospect of imposition of such punishment in Malaysian Shariah Courts and drafting a legal framework of light cane punishment towards juvenile offenders in Malaysia. The research design is a case study. The collection of data was done through analysis document and semi-structure interview with five judges from the Shariah High Court of Selangor and Federal Territory Kuala Lumpur and the Lower Shariah Court of the District of Hulu Langat. The research used descriptive, thematic and deductive approaches in analysing the data gathered. The research finding shows that the purpose of caning in the Shariah Court nowadays is in conformity with the Shariah Law. All judges entirely agree on the construction of the legal framework of light cane punishment towards juvenile offenders at the Shariah Court and only one of the judges agreed to keep the juvenile offenders' records as confidential. This research discovers that the framework of law of light cane punishment towards juvenile offenders at the Shariah Court as an initial step,Master
Pages: 98
Call Number: BP158.P8 S58 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.