Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458948
Title: Pembangunan harta wakaf melalui sistem korporat
Authors: Noraini Mohd Nor (P47386)
Supervisor: Prof. Madya. Mohd Ridzuan Awang
Keywords: Harta wakaf
Ijtihadi
Sistem korporat
Charitable uses
trusts
and foundations (Islamic law) -Malaysia
Issue Date: 7-Nov-2013
Description: Sehingga kini, Malaysia mempunyai data harta wakaf yang luas yang dianggarkan bernilai RM 1.1771 billion. Bagaimanapun banyak harta wakaf yang ada tidak dibangunkan dan potensi wakaf yang sebenarnya tidak dieksploitasi sepenuhnya. Tinjauan awal kajian mendapati, kelembapan pembangunan wakaf adalah disebabkan kelemahan pengurusan oleh MAIN yang terbeban dengan lambakan kerja. Selain itu juga, kekurangan dana wakaf merupakan faktor yang utama dalam mengkomersialkan pembangunan wakaf. Objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan jenisjenis produk atau strategi yang digunakan dalam membangunkan harta wakaf melalui sistem yang lebih kontemporari supaya harta wakaf tidak lagi terbiar akibat kekurangan dana untuk membangunkannya. Kajian ini dilaksanakan dengan mengumpulkan data melalui kaedah analisis dokumen. Data dianalisis dengan meneliti perkembangan pengurusan harta wakaf yang telah melalui proses transformasinya dari satu tahap ke satu tahap bagi memastikan hartanah wakaf dapat dioptimumkan pembangunannya. Hasil kajian mendapati tiada peruntukan undangundang yang selaras bagi setiap negeri. Selain itu juga, konsep wakaf yang bersifat ijtihadi membolehkan pembangunan harta wakaf melalui sistem korporat ini dilaksanakan. Kajian juga mendapati institusi wakaf di negara ini mula mengorak langkah dengan memperkenalkan pelbagai bentuk wakaf yang bersifat kontemporari antaranya, strategi wakaf korporat yang dilaksanakan oleh Johor Corporation (JCorp). Kajian menunjukkan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat di dalam Islam. Selain itu juga, kajian ini mendapati wakaf boleh dijadikan sebagai mekanisma simpanan pelaburan yang mana dana itu boleh diubah daripada tujuan perbelanjaan untuk dilaburkan dalam aset produktif yang boleh menyediakan pendapatan bagi kegunaan pada masa hadapan. Implikasi daripada kejayaan pelbagai bentuk wakaf kontemporari yang ada di negara ini, mewajarkan wakaf perlu mendapat sentuhan korporat dalam mengeksploitasi kemampuan wakaf dan agenda pembangunan negara.,In estimate date, Malaysia has extensive data of waqf property, worth at RM 1.7771 billion. Nevertheless, a lot of the waqf property has not been developed and the potential of the waqf property was not fully benefitted. Preliminary study shows that slowdown of the development of the waqf property is due to the poor management by dumping MAIN overburdened with work. Furthermore, the lack of waqf funds is a major factor in the commercialization of waqf development. The main objective of the research is to discuss types of products and strategies apply in developing in the waqf property so that the waqf is no longer idle due to lack of funds to develop it. The study done by collecting data through document analysis method. Data were analysed by examining the development of the administration of the waqf property that has been through transformation processes from one stage to another, in order to ensure an optimum development of the waqf property. Research finding shows that there is no standardization of law provision in each state. Besides the concept of waqf is ijtihadi in nature, allows an enforcement of the development waqf property through corporate systems. Study shows, waqf institutions in this country has introducing various types of contemporary waqf, such as waqf corporate strategy, as enforced by the Johore Corporation (JCorp). Research shows that the corporatization of the waqf property as introduced by the (JCorp) is an adaptation of waqf share as practiced in Islam. Moreover, the research discovers that waqf could become mechanism of saving investments that could change the fund from spending expenditure to investment in productive assets in future. Implication of the success of the contemporary waqf allows that waqf should get corporate touch in exploiting the ability of waqf in national development agenda.,Master
Pages: 116
Call Number: BP158.C47 N646 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.