Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458938
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasnan bin Kasan, Prof. Madya Dr. Haji
dc.contributor.authorAisyah Jamilah binti Mohshin (P50543)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:26Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:26Z-
dc.date.issued2012-01-08
dc.identifier.otherukmvital:76853
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458938-
dc.descriptionAkhir-akhir ini, media-media massa sering memaparkan isu kemiskinan dikalangan umat Islam. Walaupun, statistik kutipan zakat di Negeri Sembilan semakin meningkat pada setiap tahun dan program-program membasmi kemiskinan giat dijalankan, namun fenomena kemiskinan masih terus wujud. Timbul persoalan di sini, apakah bentuk prosedur agihan dana Baitulmal kepada golongan fakir dan miskin serta impak yang akan menimpa golongan tersebut jika bantuan yang dipohon tidak mencukupi tahap keperluan semasa. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak agihan dana baitulmal di Negeri Sembilan kepada golongan fakir dan miskin. Di samping itu juga, kesan-kesan sosial yang menimpa para penerima apabila bantuan yang dipohon tidak mencukupi keperluan semasa turut dikaji. Rekabentuk kajian ini ialah kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Manakala tatacara pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisa dokumen yang berkaitan corak pentadbiran nafkah dana Baitulmal sejak zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w sehingga ke hari ini. Selain itu soal selidik juga digunakan ke atas 73 orang responden dikalangan fakir dan miskin di daerah Seremban untuk mendapat maklumat berkaitan kesan sosial yang menimpa disebabkan bantuan yang diterima tidak mencukupi tahap keperluan semasa. Kaedah analisis teks dan analisis SPSS digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati bahawa kesan sosial dari segi kekurangan makanan mempunyai peratusan yang paling tinggi iaitu 79.5 %. Diikuti oleh kesan dari aspek pelajaran 65.8 %, kemudian keselesaan tempat tinggal 58.9 %, 49.3 % dari aspek kesihatan, dan akhir sekali dari aspek hubungan kekeluargaan sebanyak 46.6 %. Kajian ini membuktikan berlakunya ketidakseimbangan dalam pengagihan dana zakat di Baitulmal kepada golongan fakir dan miskin sehingga wujudnya kesan sosial di antara mereka. Oleh itu, pengagihan yang adil, seimbang dan menambahkan jumlah bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan kesan sosial dikalangan asnaf fakir dan miskin.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPentadbiran nafkah
dc.subjectBaitulmal Negeri Sembilan
dc.subjectIslamic giving
dc.titlePentadbiran nafkah golongan fakir dan miskin di Baitulmal Negeri Sembilan : kajian terhadap kesan sosial dalam kalangan penerima di Daerah Seremban
dc.typetheses
dc.format.pages158
dc.identifier.callnoBP180.A38 2013 tesis
dc.identifier.barcode001410
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76853+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.