Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458937
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Idris Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | W. Zaimah binti Wan Ibrahim (P42620 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:37:24Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:37:24Z | - |
dc.date.issued | 2012-10-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76852 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458937 | - |
dc.description | Realiti Politik di Malaysia menyaksikan umat Melayu Islam berpecah kepada beberapa blok fahaman politik; UMNO, PKR dan PAS, juga mereka yang bersifat non-partism yang tidak menyokong secara jelas parti-parti politik yang ada. Setiap blok fahaman cuba menarik sokongan daripada masyarakat bangsa lain untuk menguatkan kuasa dan sokongan masing-masing. Apa yang menggusarkan kita hari ini ialah tahap penarikan sokongan tersebut telah membawa kepada sanggup mengorbankan saudara seIslam serta menggadai prinsip yang membawa kepada kepentingan dan kemaslahatan umat Melayu Islam. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauhmana kekuatan kesatuan Melayu Islam merupakan satu formula yang tepat bagi mengekalkan kegemilangan dan ketuanan Islam di Malaysia berasaskan pandangan syarak melalui pengkajian dalil-dalil al-Quran dan sirah Rasulullah (s.a.w), pandangan ulama silam dan kontemporari. Kajian kepustakaan telah dipilih sebagai metodologi kajian dengan membuat analisa dalil-dalil yang berkaitan daripada al-Quran melalui kitab tafsir fi Zilal al-Qur'an karangan Sayyid Qutb, tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Qurtubi, al-Kutub as-Sittah, sirah Rasulullah (s.a.w), Muqaddimah Ibn Khaldun, Ghiyath al-Umam fi al-Tayyath al-Zulam karangan Imam al-Juwayni al-Haramayn dan Majmua'at Rasa'il li al-Imam as-Shahid Hasan al-Banna. Kajian ini juga mengambil kira pandangan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik semasa di Malaysia. Penetapan hukum telah dibuat berdasarkan konsep maslahah dan beberapa kaedah syarak yang lain. Dapatan kajian menunjukkan bahwa dalil-dalil al-Quran dan al-hadis banyak menjelaskan bahawa kesatuan ummah merupakan satu tuntutan dalam Islam untuk membina kekuatan tamadun Islam. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa semangat kebangsaan dan 'asabiyyah yang membawa kepada kekuatan dan mengembalikan kegemilangan Islam merupakan suatu yang terpuji dan digalakkan dalam Islam. Islam melarang semangat 'asabiyyah dan perkauman yang membawa kepada penindasan, kezaliman dan penghinaan terhadap bangsa lain. Satu-satu bangsa yang memiliki 'asabiyyah ghalibah yang kuat mampu menguasai dan memimpin sesebuah bangsa dan tamadun. Justeru, menjadi satu kefarduan kepada umat Melayu Islam di Malaysia untuk bersatu dan membina kekuatan politik bagi memastikan ketuanan Islam terus releven di Malaysia. Melayu Islam hendaklah mencapai kata sepakat dalam setiap perkara dan isu yang melibatkan kepentingan dan kelangsungan masa depan Melayu yang merupakan pendokong kepada ketuanan Islam di Malaysia,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kesatuan politik | - |
dc.subject | Malays Politics and government | - |
dc.title | Kekuatan kesatuan politik Melayu Islam tonggak ketuanan Islam di Malaysia : satu penilaian syarak | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 92 | - |
dc.identifier.callno | JQ1062.A979W934 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 001409 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76852+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 911.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.