Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458936
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnwar Fakhri Bin Omar, Ustaz
dc.contributor.authorMazuki Izani bin Ismail (P48362)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:22Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:22Z-
dc.date.issued2012-10-09
dc.identifier.otherukmvital:76851
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458936-
dc.descriptionRamai pelajar bermasalah dalam penulisan perkataan Arab terutama dalam kalangan mereka bukan Islam dan juga umat Islam yang tidak didedahkan dengan pembacaan Iqra atau Muqaddam sewaktu kecil sehingga tidak mampu membaca al-Quran. Pelajar-pelajar ini sering menghadapi masalah dalam penulisan huruf Arab. Tesis ini mengkaji laman-laman web percuma pembelajaran bahasa Arab yang boleh digunakan oleh para pelajar sebagai bahan bantu pembelajaran terutama dalam aspek penulisan huruf. Objektif kajian ini ialah membuat tinjauan dan mengenal pasti laman-laman web pembelajaran bahasa Arab dalam bahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris di internet. Laman-laman web tersebut disaring mengikut keperluan kajian yang menfokuskan kepada aspek penulisan huruf selain pembelajaran bahasa Arab secara umum. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif, iaitu dengan mengkaji laman-laman web pembelajaran bahasa Arab di internet, membaca buku-buku berkaitan, artikel dalam jurnal, akhbar dan majalah. Enjin pencari Yahoo dan Google digunakan bagi tujuan mencari laman-laman web berkenaan dengan menggunakan kata kunci tertentu seperti “write arabic alphabets”, “tulis arab” dan lain-lain. Laman web ini disaring mengikut empat kriteria keperluan kajian iaitu pengenalan huruf-huruf asas bahasa Arab berserta cara sebutan (audio), cara menulis satu-satu huruf (animasi) bagi semua huruf Arab, cara penyambungan satu-satu huruf dengan huruf yang lain (animasi) dan cara membunyikan huruf/perkataan dengan bantuan audio. Kajian ini mendapati terdapat banyak laman web pembelajaran penulisan huruf Arab, namun hanya empat sahaja daripadanya berbentuk animasi Flash. Daripada jumlah ini, hanya satu sahaja yang hampir memenuhi kriteria kajian. Kajian ini juga mengutarakan beberapa cadangan ke arah penambahbaikan laman web. Hasil kajian ini dijangka mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar sebagai bahan bantu pembelajaran tetapi juga pengajar yang boleh menggunakannya sebagai bahan bantu pengajaran.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectLaman web
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectArabic alphabet Study and teaching
dc.titleLaman web pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahan pembelajaran pelajar : kajian aspek penulisan huruf
dc.typetheses
dc.format.pages253
dc.identifier.callnoPJ6123.M349 2012 tesis
dc.identifier.barcode001408
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76851+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.