Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458935
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Profesor Madya Dr.-
dc.contributor.authorSyed Syarif Qusyairi bin Syed Hussin (P53076)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:21Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:21Z-
dc.date.issued2014-07-03-
dc.identifier.otherukmvital:76849-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458935-
dc.descriptionMembeli-belah secara atas talian bukanlah perkara baru bagi rakyat Malaysia kerana laman web jual beli seperti eBay.com, Lelong.com dan Mudah.my sudah sinonim dengan ramai pengguna internet di negara ini. Isu keselamatan dan isu hukum pembelian secara atas talian itu telah menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna internet. Ketidakjelasan dan keraguan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan dalam perniagaan lelongan secara elektronik menyumbang kepada peningkatan kes penipuan perniagaan melalui internet. Dalam Islam, konsep lelongan telah dibincangkan secara terperinci oleh para fukaha. Namun mereka tidak menyentuh secara jelas berkenaan urus niaga lelongan secara elektronik. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tentang ciri-ciri dan proses lelongan secara elektronik yang dijalankan di Lelong.com menurut perspektif Islam. Pendekatan kajian kualitatif digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul melalui pembacaan kitab-kitab karangan fukaha terdahulu dan artikel-artikel berkaitan lelongan secara elektronik dengan menggunakan metode analisis dokumen. Data dan maklumat juga dikumpul melalui metode pemerhatian terhadap proses lelongan secara elektronik yang ditawarkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan ciri yang selaras dengan prinsip-prinsip urus niaga lelong yang dibincangkan oleh fukaha terdahulu. Namun begitu, terdapat empat ciri yang bercanggah dengan muamalat Islam seperti ketidakjelasan waktu penutup lelongan, jenis barangan yang tidak mengikut hukum syarak, pengesahan identiti yang meragukan dan bentuk pembayaran yang mengandungi unsur riba'. Keempat-empat ciri yang bercanggah dengan muamalat Islam ini memberi implikasi khususnya untuk mewujudkan urusniaga lelongan secara elektronik yang patuh shariach.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPelaksanaan lelongan-
dc.subjectElectronic commerce (Islamic law)-
dc.titleKonsep dan pelaksanaan lelongan secara elektronik di lelong.com.my menurut perspektif Islam-
dc.typetheses-
dc.format.pages115-
dc.identifier.callnoHF5478.S975 2014 tesis-
dc.identifier.barcode001406-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76849+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.