Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458933
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri bin Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Syahiruddin bin Daud (P53068)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:17Z-
dc.date.issued2014-
dc.identifier.otherukmvital:76807-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458933-
dc.descriptionTanda waqf (لا) bermaksud larangan memberhentikan bacaan pada tanda tersebut. Di Malaysia, terdapat beberapa mushaf al-Qur'an Indonesia antaranya Tafsir al-Qur'an Per Kata yang mengandungi banyak tanda waqf (لا) pada kedudukan ra's al-ayah (akhir ayat) mahupun di pertengahan ayat. Ia berbeza dengan tanda waqf (لا) yang terdapat dalam kitab-kitab al-Qur'an Mushaf cUthmani yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia seperti Mushaf Madinah. Bagaimanapun, kedudukannya pada ra's al-ayah dalam sesetengah mushaf al-Qur'an menimbulkan persoalan dan kekeliruan kepada pembaca al-Qur'an kerana telah dimaklumi bahawa setiap ra's al-ayah adalah tempat memberhentikan bacaan. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji ciri-ciri perbezaan atau persamaan tanda waqf (لا) yang terdapat dalam Tafsir al-Qur'an Per Kata dan Mushaf Madinah serta mengkaji sebab-sebab peletakan dan hubungannya dengan pentafsiran ayat-ayat al-Qur'an. Kajian ini berbentuk analisis kandungan terhadap kedudukan tanda waqf (لا) yang terdapat dalam kedua-dua mushaf al-Qur'an tersebut. Kajian difokuskan pada Surah al-Fatihah dan Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 141. Metode pengumpulan data kajian ini menggunakan metode analisis dokumen dan kaedah temubual. Metode analisis data pula ialah metode komparatif dan kaedah deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan Tafsir al-Qur'an Per Kata mengandungi bilangan tanda waqf (لا) yang lebih banyak iaitu 26 tempat pada kedudukan ra's al-ayah dan di pertengahan ayat berbanding dua tempat dalam Mushaf Madinah pada kedudukan di pertengahan ayat. Daripada jumlah tersebut, 24 tempat adalah pada kedudukan yang berbeza dan dua tempat pada kedudukan yang sama dalam kedua-dua mushaf. Tanda waqf (لا) pada kedudukan yang berbeza menunjukkan sama ada Waqf Qabih atau Waqf Hasan atau Waqf Kafi atau khilaf antara Waqf Tam, Waqf Kafi dan Waqf Hasan disebabkan perbezaan icrab. Manakala tanda waqf (لا) pada kedudukan yang sama menunjukkan Waqf Qabih. Peletakan tanda waqf (لا) adalah disebabkan tiga faktor utama iaitu tacalluq (ikatan) pada lafaz dari segi icrab, tacalluq dari segi makna dan Waqf Qabih. Implikasi kajian menjelaskan bahawa tidak semua tanda waqf (لا) dalam Tafsir al-Qur'an Per Kata adalah larangan memberhentikan bacaan disebabkan Waqf Qabih yang merosakkan makna ayat, sebaliknya berfungsi menghubungkan lafaz-lafaz dari segi icrab dan menjelaskan maksud dari sudut pentafsiran ayat. Manakala tanda waqf (لا) dalam Mushaf Madinah adalah larangan waqf yang hanya diletakkan pada tempat-tempat Waqf Qabih yang tertentu di pertengahan ayat, yang mempunyai kesamaran terhadap maknanya. Dengan kefahaman terhadap peletakan tanda waqf (لا) dalam kedua-dua mushaf tersebut, para pembaca dapat menggunakan Tafsir al-Qur'an Per Kata dengan rasa yakin dan dapat membantu mereka memahami maksud ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca dan menghayati isi kandungannya.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTafsir al-Quran-
dc.subjectMushaf Madinah-
dc.subjectTanda waqf dan pentafsirannya-
dc.subjectQur'an--Recitation-
dc.titleKedudukan tanda waqf dan pentafsirannya dalam tafsir al-Quran per kata dan mushaf Madinah-
dc.typetheses-
dc.format.pages175-
dc.identifier.callnoBP131.6.M847 2014 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76807+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.