Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458926
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmir Husin Mohd Nor, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Shuhaimi Abd Wahab (P54344 )
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:02Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:02Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76796
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458926-
dc.descriptionKemaslahatan dan keabsahan yang diperolehi hasil dari kerjasama politik kepartian tanah air dilihat meragukan berbanding kerjasama antara negara dan individu. Justeru itu, kajian ini membincangkan wacana kerjasama politik dengan orang bukan Islam berdasarkan perspektif maqasid al-sharicah di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti ketepatan asas kerjasama politik yang berlaku di Malaysia berdasarkan maqasid al-sharicah dalam sebuah pentadbiran. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan menganalisis prinsip-prinsip kerjasama politik (dawabit al-tahaluf al-siyasi) dengan bukan Islam menurut perspektif Islam. Melalui metode kajian kualitatif, penelitian dilakukan terhadap data-data bercetak seperti tesis, jurnal, buku-buku terdahulu dan terkini, kertas kerja dan juga akhbar-akhbar rasmi parti. Bagi mengelak dari berlakunya bias, akhbar yang dianggap tidak cenderung kepada mana-mana parti juga diperhatikan. Selain itu, data tidak bercetak seperti laman sesawang youtube.com dan akhbar-akhbar eletronik juga turut diberi perhatian. Tatacara kajian ini menggunakan analisis dokumen induktif dan deduktif. Melalui metode induktif, satu gambaran umum dapat dijelaskan melalui pengumpulan data yang khusus. Manakala metode deduktif pula membolehkan kesimpulan terhadap sejauh mana ketepatan kerjasama politik di Malaysia menepati syarak dapat dilakukan bersumberkan kumpulan data yang besar. Hasil kajian mendapati bahawa asas kerjasama politik di Malaysia adalah bertepatan dengan maqasid al-sharicah sebuah negara iaitu bagi memelihara agama, mewujudkan keamanan, menegakkan keadilan, memberikan hak dan mencapai kebahagiaan. Bagaimanapun, kejayaan kerjasama politik yang dilaksanakan di Malaysia belum tercapai sepenuhnya ekoran masih terdapat kelemahan dalam mematuhi prinsip-prinsip asas kerjasama politik yang digariskan oleh Islam. Justeru itu, adalah wajar sekiranya kerjasama politik di Malaysia dikaji semula bagi setiap parti yang terlibat. Selain itu, peluang keemasan yang wujud sepanjang tempoh kerjasama politik diadakan mesti dimanfaatkan sebaiknya sebagai ruang dakwah memperkenalkan keindahan Islam kepada bukan Islam. Seterusnya, kerjasama politik yang diadakan perlu dipantau oleh jawatankuasa bebas supaya pelaksanaannya sentiasa menepati kehendak syarak selain tidak bias kepada parti tertentu.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKerjasama politik
dc.subjectOrang bukan Islam di Malaysia
dc.subjectPerspektif maqasid al-shari'ah
dc.subjectIslam and politics--Malaysia
dc.titleWacana kerjasama politik dengan Orang bukan Islam di Malaysia : kajian berdasarkan perspektif maqasid al-shari'ah
dc.typetheses
dc.format.pages112
dc.identifier.callnoBP173.7 M847 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76796+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.