Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458925
Title: | Kesan waqf dan ibtida' dalam khilaf qira'at mutawatirah ke atas tafsiran al-Quran |
Authors: | Mahmud Lutfi bin Abd Hadi (P50552 ) |
Supervisor: | Mohd Sabri bin Mohamad, Dr. |
Keywords: | Waqf Qur'an--Recitation |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Dewasa ini ilmu qira'at telah menjadi ilmu yang semakin dikenali dalam masyarakat. Pengajian dan pembacaan ayat-ayat al-Qur'an dengan kepelbagaian qira'at juga telah mula menjadi perhatian. Sesetengah masjid pula akan menjemput para imam yang mahir qira'at untuk mengetuai solat mereka pada waktu-waktu tertentu. Perkembangan ini adalah sesuatu yang amat baik, kerana masyarakat telah kembali mencintai ilmu yang berkaitan dengan al-Qur'an yang sememangnya digalakkan dan menjadi panduan utama. Walaupun begitu, dengan tersebar dan masyhurnya ilmu qira'at ini terkadang tatacara praktikal ilmu waqf dan ibtida' serta penafsirannya kurang menjadi perhatian pembaca. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji konsep yang terdapat dalam al-qira'at dan al-waqf wa al-ibtida' dan seterusnya mengenal pasti hubungannya dengan ilmu bahasa Arab yang menjadi faktor berubahnya makna ayat. Dalam kajian ini, analisis terhadap surah al-Baqarah dan Al cImran dilakukan untuk mengetahui kesan waqf dan ibtida' terhadap makna-makna ayat dalam kepelbagaian qira'at serta mendalami kesan dalam penafsiran ayat yang merangkumi hukum hakam dan pengkisahan. Kajian ini memilih analisis kandungan sebagai rekabentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab lama dan rujukan-rujukan semasa. Manakala penganalisisan data dilakukan menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam berinteraksi dengan kepelbagaian khilaf qira'at Qur'aniyyah, keperihatinan terhadap isi kandungan ayat amat perlu supaya para pembaca dan pendengar al-Qur'an sama-sama mendapat faedah berupa kefahaman yang benar. Keperihatinan itu dapat ditonjolkan dengan pemilihan tempat-tempat waqf dan status yang dibolehkan, supaya ayat-ayat yang mengandungi kepelbagaian makna dan hukum dapat difahami sebaiknya. Implikasi daripada kajian ini ialah ianya sebagai suatu penambahan rujukan dan panduan waqf dan ibtida' bagi para penuntut yang ingin mendalami ilmu qira'at, serta sebagai peringatan kepada masyarakat bahawa tidak boleh memandang ringan urusan praktikal waqf dan ibtida' kerana perbuatan itu boleh menjerumuskan diri kepada penyelewengan bacaan dan ianya merupakan sesuatu yang dilarang.,Master/Sarjana |
Pages: | 106 |
Call Number: | BP131.6 M337 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76795+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.