Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458924
Title: | Prospek perintah khidmat masyarakat oleh Mahkamah Syariah |
Authors: | Nurbazla Ismail (P62408) |
Supervisor: | Mohd. Al Adib Samuri, Dr. |
Keywords: | Perintah khidmat masyarakat Community service (Punishment)--Malaysia |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Perintah khidmat masyarakat merupakan hukuman alternatif yang ingin dicadangkan dalam sistem peradilan jenayah syariah di Malaysia. Namun, terdapat beberapa permasalahan yang mesti diselesaikan sebelum pelaksanaan hukuman tersebut. Pertama, permasalahan berkaitan konsep perintah khidmat masyarakat dari sudut definisi, jenis kesalahan dan bentuk hukuman. Kedua, sejauh mana perintah khidmat masyarakat tidak bercanggah dengan falsafah hukuman Islam. Ketiga pula ialah punca bidang kuasa dan kerangka perundangan bagi perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah dalam peruntukan undang-undang. Seterusnya adalah sejauh mana penerimaan para Hakim Syarie terhadap pelaksanaan perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep dan teori bagi perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah, menganalisis kerangka pelaksanaan bagi perintah khidmat masyarakat dan menganalisis perspektif Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Malaysia terhadap perintah khidmat masyarakat. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menjalankan analisis dokumen dan temu bual mendalam separa struktur terhadap sembilan orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah iaitu di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pahang dan Kedah. Semua data temu bual ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik dan deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa teori dan konsep perintah khidmat masyarakat menepati falsafah hukuman Islam. Hukuman ini boleh dimasukkan dalam enakmen atau akta sedia ada atau diperjelaskan peruntukan tertentu atau diwujudkan satu garis panduan bagi tujuan pelaksanaan hukuman. Seterusnya, kajian ini mendapati kerangka pelaksanaan bagi perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah perlu dibentuk. Kajian ini memberi sumbangan dalam sistem peradilan jenayah syariah di Malaysia sebagai rujukan dan panduan kepada para penggubal undang-undang dan agensi pelaksana hukuman.,Master/Sarjana |
Pages: | 192 |
Call Number: | HV9277.5 N846 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76771+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 882 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.