Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458923
Title: | Metode Abu Jafar al-Nahhas terhadap wujuh al-Qiraat dalam kitab Rab al-Quran |
Authors: | Muhammad Fairuz A. Adi (P53043) |
Supervisor: | Sabri bin Mohamad, Dr. |
Keywords: | Kitab Rab al-Qiraat dalam kitab Metode Abu Jafar al-Nahhas Arabic language--Grammar |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Abu Jafar al-Nahhas merupakan seorang ulama yang masyhur pada pertengahan kurun ke 4 Hijrah. Beliau terkenal dengan penghasilan karya-karya ilmiah yang bernilai serta bermanfaat. Karya beliau yang mendapat pujian para ulama ialah kitab Icrab al-Quran. Perbincangan kitab ini adalah berkenaan dengan icrab ayat-ayat al-Quran, perbahasan wujuh al-qira'at serta isu yang berkaitan dengannya. Namun metode perbahasan al-Nahhas terhadap wujuh al-qira'at tidak jelas dan tidak tersusun. Ini disebabkan al-Nahhas tidak mengasingkan antara perbahasan icrab ayat al-Quran dengan perbahasan yang berkaitan dengan wujuh al-qira'at. Cara perbahasan ini telah menyukarkan pembaca kitab Icrab al-Quran memahami pendirian beliau dalam ilmu qira'at. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyusun dan mengkaji metode yang digunakan oleh al-Nahhas ketika membahaskan wujuh al-qira'at. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pendirian al-Nahhas dalam ilmu qira'at. Dalam masa yang sama kajian ini menganalisis pandangan-pandangan kritis beliau terhadap wujuh al-qira'at yang tidak selari dari sisi pandang bahasa Arab dan kaedah nahw seterusnya menampakkan kredibiliti dan ketokohan beliau dalam ilmu tersebut. Ini merupakan kajian analisis kandungan. Bahan analisis dokumen yang dipilih dalam kajian ini ialah kitab Icrab al-Quran. Data berkaitan metode al-Nahhas terhadap wujuh al- qira'at dikumpul, disusun dan dianalisis dengan berpandukan kitab-kitab muktabar dalam ilmu qira'at. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa metode al-Nahhas terhadap wujuh al-qira'at adalah metode yang menjurus kepada penghujahan bagi setiap bacaan dari segi ilmu nahw dan bahasa Arab. Pandangan-pandangan kritis beliau terhadap wujuh al-qira'at merupakan satu respon dari pendirian beliau iaitu setiap wujuh al-qira'at mesti selari dengan kaedah nahw yang masyhur dan lafaz yang paling banyak digunakan oleh orang Arab. Metode beliau ini merupakan satu bentuk penjagaan terhadap qira'at quraniyyah di mana setiap wajah qira'at akan diberi hujah dan alasan rasional yang dikaitkan dengannya. Kajian ini memberi implikasi yang besar khususnya sebagai panduan kepada pembaca kitab Icrab al-Quran dalam memahami manhaj al-Nahhas sebelum mengambil sesuatu pendapat berhubung perkara yang boleh dikaitkan dengan ilmu qira'atnya.,Master/Sarjana |
Pages: | 153 |
Call Number: | BP131.5 M85 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76770+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.