Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458918
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Al Adib bin Samur, Dr. | |
dc.contributor.author | Nurfadhlan Abdul Razak (P58434) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:36:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:36:47Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76698 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458918 | - |
dc.description | Perintah khidmat masyarakat mempunyai kebaikannya tersendiri. Ia mampu memulihkan diri pesalah dan dapat mengintegrasikan pesalah dengan masyarakat di negara Barat. Namun perintah ini masih lagi belum dilaksanakan di Malaysia kepada pesalah kanak-kanak yang berumur 14-18 tahun. Walaupun terdapat cadangan untuk melaksanakan perintah ini kepada pesalah kanak-kanak bawah 18 tahun, namun kajian terhadap aspek teoritikal dan pembinaan kerangka perundangan akan perintah ini masih tidak banyak. Bagi proses perlaksanaannya di Malaysia, terdapat permasalahan perlu diselesaikan iaitu kekaburan teori perintah khidmat masyarakat. Ini akan menyukarkan lagi kepada pihak penggubal undang-undang untuk menentukan akan kegunaannya kepada pesalah kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga kesukaran yang bakal dihadapi dalam proses perlaksanaan perintah ini dengan ketiadaan kerangka perundangan bagi perintah ini di Malaysia. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji teori yang mendasari perintah khidmat masyarakat bagi pesalah kanak-kanak di Malaysia, membincangkan perintah khidmat masyarakat dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah dan seterusnya mencadangkan kerangka perundangan bagi perintah khidmat masyarakat bagi pesalah kanak-kanak di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini memilih kajian kes sebagai rekabentuk kajian dan menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Hasil kajian mendapati perintah khidmat masyarakat merupakan hukuman takzir yang memberi faedah kepada kanak-kanak pada kehidupan di dunia dan selepasnya. Perintah khidmat masyarakat ini juga mempunyai niat yang tinggi dan murni, yang digunakan sebagai memberi perlindungan kepada kepentingan kanak-kanak dan juga masyarakat melalui teori pemulihan dan keadilan restoratif sebagaimana yang dianjurkan oleh hukuman takzir. Perintah ini yang berasaskan teori pemulihan yang ditawarkan sivil dan Islam adalah untuk memulihkan pesalah berdasarkan kesedaran beragama dan dorongan diri sendiri bukan semata-mata takutkan hukuman serta menjadi seorang yang patuh kepada peruntukan undang-undang dan menjadi hamba yang taat pada perintah Tuhan. Kajian ini penting bagi mencadangkan perintah khidmat masyarakat ini sebagai salah satu peruntukan di dalam seksyen 91 Akta Kanak-Kanak (Akta 611).,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Khidmat masyarakat | |
dc.subject | Pesalah kanak-kanak | |
dc.subject | Juvenile delinquency (Islamic law) | |
dc.title | Perintah khidmat masyarakat terhadap pesalah kanak-kanak di Malaysia menurut perspektif syariah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 98 | |
dc.identifier.callno | BP158.J88 N846 2014 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76698+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.