Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458916
Title: Perumian dan pentahqiqan kitab tafsir Nur al-Ihsan juzuk 4-juzuk 6
Authors: Luqman Hakeem Rusdi (P58400 )
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof Madya Dr.
Keywords: Perumian dan pentahqiqan
Kitab tafsir Nur al-Ihsan
Malay language--Transliteration
Issue Date: 2014
Description: Kitab Tafsir Nur al-Ihsandikarang dengan menggunakan tulisan Jawi Melayu klasik. Ia sukar untuk dibaca dan difahami oleh masyarakat Melayu moden zaman ini. Penggunaan istilah bahasa Arab, istilah fiqh dan hadith-hadith yang tidak dinyatakan sumber pada setiap penafsirannya juga menambahkan lagi kesukaran untuk memahami isi kandungan kitab. Objektif kajian ini adalah untuk mengalihhurufkan teks daripada skrip tulisan Jawi kepada skrip tulisan Rumi. Mencari kaedah yang sesuai untuk merumikan kitab tafsir klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Penganalisaan terhadap perkataan-perkataan yang menggunakan istilah bahasa Arab, istilah fiqh dan bahasa Melayu klasik. Kajian ini juga melibatkan takhrij hadith secara ringkas terhadap rujukan-rujukan yang bersumberkan hadith. Kajian perumian dan pentahqiqan ini dilakukan dengan menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan melibatkan kajian metod analisis dokumen. Bahan kajian utama ialah kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang dikarang oleh Haji Muhammad Sa'id Mufti Negeri Kedah pada kurun ke-20M. Kajian ini telah berhasil merumikan dengan lengkap teks kitab Tafsir Nur al-Ihsandaripada juzuk 4 hingga juzuk 6. Selain itu pengggunaan kaedah perumian yang diambil daripada kaedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Sistem Ejaan Rumi Bharu Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) yang menggunapakai Pedoman Umum Ejaan Jawi Rumi DBP adalah sesuai dan menepati untuk merumikan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Sejumlah 75 kalimah bahasa Arab, 34 istilah fiqh, 16 perkataan klasik dan 16 hadith diperoleh daripada kajian ini dan telah didefinisikan pengertiannya dengan terperinci sesuai dengan perbahasan tajuk dan bab. Untuk hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsanini, sebanyak 14 hadith adalah bermartabat Sahih dan 2 hadith adalah bermartabat Hasanyang menjadikan kesemua hadith-hadith berkenaan boleh dijadikan hujjah untuk beramal dengannya.,Master/Sarjana
Pages: 269
Call Number: PL5052 L846 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76649+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.