Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458915
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamzuri Zakaria
dc.contributor.authorSiti Fatma Adni Zamani (P62779)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:42Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:42Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76642
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458915-
dc.descriptionGaris Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah yang dikeluarkan pada 2011 disediakan sebagai rujukankepada syarikat-syarikat jualan langsung, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pengguna dan orang awambagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras dengan prinsip-prinsip syarak. Namun, sejauhmana garis panduan yang dibuat mampu dijadikan rujukan yang lengkap dan sejauhmana bidangkuasanya.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat(MLM), menganalisis kriteria garis panduan dan mengenalpasti bidang kuasanya. Kajian juga menilaikepatuhan syarikat Hai-O Marketing Sdn.Bhdberdasarkan kriteria yang digariskan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian analisis dokumen.Hasil kajian mendapati limakriteria yang diharuskan masih ada kekurangan dankekeliruan iaitu tempoh bertenang, yuran keahlian, akad dalam perniagaan jualan langsung, produk dan pelan pemberian insentif. Manakala tiga kriteria yang dilarang iaituunsur skim piramid, paksaan dan shubhahyang masih tidak lengkap. Garis panduan ini juga ada kelompanganyang dikenal pasti iaitu mengenai iklan atau promosisesuatu produk atau perkhidmatan. Dari segi bidang kuasanya, garis panduan ini hanyaberperanan sebagai rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan jualan langsung dan tidak menjadi rujukan kepada pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan.Garis panduan ini jugatidak memperuntukkan penguatkuasaan undang-undang serta tidak dikuatkuasakan sebagai garis panduan yang mengikat di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP 1993).Dari sudut penilaian terhadap syarikat Hai-O Marketing Sdn.Bhd, syarikat dikategorikan sebagai “tidak patuh syariah”. Kajian mendapati garis panduan secara umumnya sudah mampu dijadikan rujukan tetapi perlu kepada pengemaskinian dan penambahbaikan untuk menjadi garis panduan yang lengkap dan komprehensif. Dari segi bidang kuasanya, garis panduan ini masih tidak mampu untuk memastikan pemain industri mematuhinya. Justeru itu, sumbangan kajian ini ialah untuk mengemaskini dan menambahbaik kriteria yang terdapat kekurangan dan kelompangan serta memastikan pematuhan terhadap garis panduan.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectJualan langsung
dc.subjectMulti level marketing
dc.subjectPemasaran berbilang tingkat
dc.subjectMulti level marketing menurut syariah
dc.subjectMultilevel marketing (Islamic law)
dc.titlePenilaian garis panduan perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) menurut syariah
dc.typetheses
dc.format.pages258
dc.identifier.callnoBP158.M77 S59 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76642+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.