Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458912
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr.
dc.contributor.authorAllawati Kasri (P57397)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:36Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:36Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76461
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458912-
dc.descriptionKemunculan kelas menengah dianggap memberi kesan yang penting kepada sesebuah negara. Mereka berperanan dalam menyamaratakan keadaan ekonomi masyarakat serta memajukan dan mengekalkan keamanan negara. Justeru, kajian ini dikemukakan bagi menguji kebenaran pernyataan tersebut berdasarkan konteks masyarakat dan negara Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah kemunculan kelas menengah Melayu di Malaysia dan perkembangannya serta mengenalpasti penglibatan golongan tersebut dalam bidang ekonomi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kecenderungan kelas menengah Melayu terhadap ekstremisme. Keseluruhan kajian ini menggabungkan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan kajian analisis dokumen, manakala kaedah kuantitatif pula melibatkan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 250 orang responden daripada kalangan kelas menengah Melayu di Lembah Klang. Sampel kajiandipilih melalui kaedah persampelan bola salji. Data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kelahiran golongan pentadbir Melayu di zaman penjajahan British merupakan petanda awal kepada kemunculan kelas menengah Melayu di Malaysia. Golongan ini terus mengalami peningkatan sejak dari zaman kemerdekaan dan semakin rancak berkembang setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971. Melalui pelaksanaan DEB, aktiviti kelas menengah Melayu dalam sektor ekonomi moden seperti sektor pekerjaan terpilih, perindustrian, keusahawanan dan perkhidmatan juga berjaya diperkukuhkan. Kekuatan ekonomi yang dimiliki oleh kelas menengah Melayu kemudiannya telah mempengaruhi kecenderungan mereka terhadap ekstremisme. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kelas menengah Melayu terutamanya di Lembah Klang mampu untuk meminggirkan ekstremisme sama ada ekstremisme berbentuk politik, agama mahupun perkauman. Secara keseluruhannya, peranan kelas menengah Melayu memberi implikasi khususnya dalam menggerakkan ekonominegara dan menjadi golongan terpenting yang menentukan tahap kestabilan Malaysia.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectEkonomi Melayu
dc.subjectMiddle class--Economic aspects--Malaysia
dc.subjectPeminggiran ekstremisme
dc.titlePenglibatan kelas menengah Melayu di Malaysia dalam bidang ekonomi dan peminggiran ekstremisme : kajian tinjauan di Lembah Klang
dc.typetheses
dc.format.pages249
dc.identifier.callnoHT690.M4 A43 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76461+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.