Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458910
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Adib bin Samsudin, Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Amran bin Mohd Rodi (P61468)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:32Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:32Z-
dc.date.issued2014-03-19-
dc.identifier.otherukmvital:76456-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458910-
dc.descriptionHaji Said Haji Ibrahim (1923-2001) merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan keintelektualan beliau amat terserlah sehingga dilantik menjawat beberapa jawatan penting dalam institusi pentadbiran Islam. Namun demikian, kajian keintelektualan dan pemikiran beliau khususnya dalam bidang fiqh masih belum dilakukan bagi melengkapkan keperluan dalam kajian tokoh. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keintelektualan Haji Said Haji Ibrahim dan hasil karya beliau, seterusnya menganalisis pemikiran fiqh beliau berdasarkan hasil karya tersebut. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian biografi. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual dan analisis dokumen. Data yang diperolehi daripada sumber tersebut kemudiannya ditranskrip dan diinterpretasi secara manual mengikut objektif kajian. Melalui deskripsi data, semua data telah dikelaskan, dianalisis dan dikarang dalam bentuk penceritaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keintelektualan Haji Said Haji Ibrahim mempunyai hubungan yang siginifikan dengan sistem pendidikan yang diterima oleh beliau. Melalui sistem pendidikan pengajian pondok, pesantren dan pengajian secara tidak formal semasa berada di Mekah, Haji Said Haji Ibrahim telah dapat membentuk dirinya menjadi seorang ulama yang mempunyai kemahiran dan keintelektualan yang tinggi sehingga dilantik untuk mengisi beberapa jawatan penting dalam institusi pentadbiran Islam. Selain itu, analisis terhadap pemikiran fiqh Haji Said dalam hasil karya fiqh beliau menunjukkan bahawa beliau amat berpegang kepada mazhab Shafici dan mengutamakan pendapat daripada ulama mazhab al-Shaficiyyah. Namun demikian, beliau juga amat terbuka dalam menerima pendapat daripada imam-imam mazhab yang lain. Selain itu, kajian ini juga mendapati Haji Said amat teliti dalam memilih dalil-dalil yang menjadi sandaran hujah beliau. Beliau juga amat menekankan kepentingan dalam memahami maqāṣid al-sharīᶜah serta berkemampuan menggunakan kepelbagaian metode penulisan dalam menghasilkan karya fiqh beliau.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPemikiran fiqh-
dc.subjectHaji Said Haji Ibrahim-
dc.subjectMuftis (Muslim officials-
dc.titlePemikiran fiqh Haji Said Haji Ibrahim-
dc.typetheses-
dc.format.pages188-
dc.identifier.callnoBP80.S235A37 2014 tesis-
dc.identifier.barcode001291-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76456+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.