Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458908
Title: Idea pendidikan dalam syair ilmu Imam al-Shafi'i
Authors: Haryati binti Adni (P56507)
Supervisor: Tengku Ghani Bin T. Jusoh, Prof. Dr.
Keywords: Syair ilmu Imam al-Shafi'i
Islamic education
Issue Date: 20-Mar-2014
Description: Syair Imam al-Shafici merupakan antara syair yang menjadi pilihan untuk diajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab di Malaysia, namun syair-syair yang diajar lebih menitikberatkan aspek tema dan persoalan secara umum dan mengabaikan perincian tentang gaya bahasa serta ideologi pendidikan Imam al-Shafici yang terkandung di dalamnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis gaya bahasa syair Imam al-Shafici yang bertemakan ilmu dan pendidikan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji ketokohan Imam al-Shafici dalam bidang pendidikan dan sastera Arab terutama syair serta mengadaptasi idea-idea pendidikan beliau daripada syair-syair pilihan yang terhimpun dalam Antologi Syair Imam al-Shafici. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metode analisis kandungan bagi menganalisis teks syair dalam kajian tersebut. Metode pendekatan sejarah pula dilaksanakan ketika merujuk sumber berdasarkan kajian-kajian lepas yang menyentuh isu-isu yang dibincangkan, Ia melibatkan kajian deskriptif dan analitikal. Sebanyak 15 maqtac syair dari antologi Imam al-Shafici yang dikaji adalah berfokuskan kepada ilmu dan pendidikan. Syair-syair itu dikaji dari aspek dalaman iaitu mesej penyair serta gaya bahasanya dari sudut tatabahasa Arab. Ideologi pendidikan Imam al-Shafici yang terangkum dalam syair-syair ini juga turut diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati, syair Imam al-Shafici amat mudah difahami dan menggunakan laras bahasa yang indah di samping mesej yang padat dan semasa. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa syair adalah antara medium komunikasi yang digunakan oleh Imam al-Shafici untuk melontarkan ideologi pendidikannya yang realistik dan berpaksikan kepada al-Quran dan Hadith. Gagasan dan idea beliau ini boleh memberi implikasi khususnya dari segi rujukan serta panduan dalam meningkatkan profesion perguruan dan sahsiah pelajar.,Master/Sarjana
Pages: 145
Call Number: PJ7741.S46Z543 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76454+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.