Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458905
Title: Pengamalan ibu hamil di Bandar Baru Bangi
Authors: Syifak binti Mohd Rodzi (P60382)
Supervisor: A'dawiyah Binti Ismail, Dr.
Keywords: Ibu hamil
Bandar Baru Bangi
Pregnancy
Religious aspects
Islam
Issue Date: 2-Apr-2014
Description: Pengamalan sewaktu hamil merupakan asas pendidikan sebelum kelahiran. Menerusi pengamalan semasa hamil, ibu akan mula mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang pendidik yang baik kepada anaknya sewaktu dalam kandungan dan selepas kelahiran. Tetapi, jelasnya dalam kehidupan seharian, tidak ramai yang memberi perhatian istimewa kepada cara pengamalan semasa kehamilan. Pengamalan yang terbaik ialah cara yang selari dan selaras dengan syariat agama. Objektif kajian ini untuk mengkaji bentuk amalan yang dianjurkan oleh Islam kepada ibu-ibu hamil di dalam mendidik bayi mereka sejak dalam kandungan, mengenalpasti tahap spiritual ibu-ibu hamil, dan menganalisis bentuk amalan dan tahap spiritual ibu-ibu hamil di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Metodologi kajian adalah kaedah tinjauan, data diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada ibu-ibu hamil iaitu 137 orang sebagai responden di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Data dianalisis dalam perisian komputer SPSS version 20.0. Hasil analisis data yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa tahap pengetahuan dan amalan responden terhadap pendidikan anak dalam kandungan di Bandar Baru Bangi adalah berada pada tahap sangat tinggi (m=4.56). Keputusan tersebut dapat dilihat menerusi pencapaian nilai skor min iaitu antara 4.44 hingga 4.76 yang merupakan darjah yang tinggi pada setiap komponen tersebut. Skor min yang sangat tinggi ialah tahap pengetahuan tentang amalan semasa mengandung untuk pendidikan bayi (m= 4.76), diikuti tahap amalan gaya kehidupan (m=4.55), tahap pelaksanaan bacaan al-Qur'an (m= 4.46), dan tahap pengalaman spiritual semasa hamil (m=4.44). Implikasi kajian ini membolehkan wanita Islam yang hamil mengetahui dan mengamalkan pengamalan semasa hamil yang bersumberkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, pengkaji mencadangkan agar pihak berkaitan memperbanyakkan program-program yang khusus kepada ibu-ibu hamil dan yang bakal hamil bagi mengetahui amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam untuk diamalkan sebagai proses awal pendidikan anak semasa dalam kandungan lagi. Kajian ini ternyata penting bagi membimbing ibu hamil membentuk insan yang soleh, beriman dan bertaqwa melalui proses awal pendidikan Islam iaitu menerusi pengamalan sewaktu hamil.,Master/Sarjana
Pages: 132
Call Number: BP190.5.P73S975 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76434+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.