Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458904
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin bin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorNur Hanisah Mohd Nor Afandi (P53118)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:21Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:21Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76350
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458904-
dc.descriptionPeningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja pada hari ini merupakan masalah yang serius dalam masyarakat. Walaupun pelbagai pendekatan telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan agensi swasta, namun permasalahan ini masih berada ditahap yang membimbangkan. Statistik Bukit Aman berkaitan dengan kes kecurian melibatkan remaja dan kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 18 tahun pada tahun 2011 menunjukkan terdapat sebanyak 54,170 kes. Keterlibatan remaja dalam kes-kes jenayah ini menunjukkan mereka tidak memahami peranan al-din dalam kehidupan. Bagi menangani remaja bermasalah, al-Quran menawarkan solusi kepada krisis tersebut melalui surah al-Kahfi. Surah al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem panduan pemikiran manusia. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep al-din dalam surah al-Kahfi, mengenalpasti uslub pendidikannya dan menganalisis pendekatan surah tersebut dalam menangani remaja bermasalah. Reka bentuk kajian ini adalah analisis kandungan. Sampel kajian melibatkan ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Kahfi yang berkaitan dengan konsep al-din. Data dianalisis secara deduktif dan tematik. Dapatan kajian ini menemukan konsep al-din dalam surah al-Kahfi bertemakan empat kategori utama iaitu aqidah, akhlak, syariah dan kepimpinan. Terdapat empat uslub pendidikan al-Quran dalam surah al-Kahfi iaitu uslub qasas al-Quran, uslub amthal al-Quran, uslub cilm dan uslub bahasa sastera yang indah. Kajian ini juga menemukan terdapat lima pendekatan surah al-Kahfi dalam menangani remaja bermasalah iaitu pembinaan tauhid, langkah-langkah hijrah remaja berteraskan surah al-Kahfi, bimbingan membuat pilihan, pembinaan jati diri remaja dan imej personaliti diri remaja. Implikasi kajian ini terhadap program pendidikan remaja akan melahirkan remaja yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup, memahami peranan mereka dalam agenda dakwah Islamiyah sekaligus mengurangkan risiko mereka terjebak dalam permasalahan sosial.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKonsep al-Din
dc.subjectIslam and social problems
dc.subjectMuslim teenagers--Religious
dc.subjectSurah al-Kahfi
dc.titleKonsep al-Din dalam surah al-Kahfi : pendekatannya dalam menangani remaja bermasalah
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.callnoHN40.M6 N84 2014
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76350+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.