Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458902
Title: Metodologi 'Abd Al-Fattah Abu Ghuddah dalam mentahkik kitab Qawa'id fi' 'Ulum al-Hadith
Authors: Mohamad Mukhlis
Supervisor: Ahamad Asmadi bin Sakat, Dr.
Keywords: Abd Al-Fattah Abu Ghuddah
Hadith -- Criticism, interpretation, etc.
Hadith -- Commentaries
Issue Date: 15-Mar-2012
Description: Kitab Qaw d id fl cUliim al-lfadlih merupakan salah satu kitab yang menjadi bahan rujukan Mazhab Hanafi yang memberikan pengaruh terhadap istinbiit al-abkdm, terutamanya dalam bidang fiqah. Kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama ialah untuk mengkaji dan menganalisa metodologi Abu Ghuddah dalam ilmu hadis, adakah ia menyimpang seperti yang didakwakan oleh al-SindI ataupun tidak. Kedua, meneliti pandangan Abu Ghuddah dalam mentahkik kitab tersebut apakah beliau secara taqlii aCma mengikuti pandangan syeikhnya iaitu al- TahanwI yang bermazhab Hanafi atau berpegang pada mazhab ahli hadis seperti Ibn al-Salah, Ibn Hajar, al-Suyiitf dan lain- lain. Metodologi yang diterapkan dalam kajian ini adalah kaedah penyelidikan perpustakaan dan pengumpulan data yang kemudian akan dianalisa dan diperbandingkan. Setelah data-data tersebut dianalisa, maka kajian ini mendapati apa yang ditohmahkan oleh al-SindI bahawa pemikiran Abu Ghuddah menyimpang tidaklah benar dan dakwaan tersebut tidaklah berasas. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam mentahkik kitab Qawd id fl cUliim al-Hadlh Abu Ghuddah tidak serta merta mengikuti pendapat gurunya iaitu syeikh al- TahanwI yang bermazhab Hanafi, walaupun dalam beberapa permasalahan beliau menyetujui pandangan gurunya tetapi pada sebahagian yang lain beliau cenderung mengikuti mazhab ahli hadis mutaqaddimbt dalam menentukan suatu permasalahan hukum. Sehingga pada natijahnya kajian ini menemukan adanya beberapa persamaan dan perbezaan antara pandangan syeikh al- TahanwI dengan Abu Ghuddah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 184
Call Number: BP136.8.M846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76110+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
913.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.