Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458901
Title: Persepsi penghuni terhadap program pemulihan di asrama Rusila, Marang, Terengganu
Authors: Faridah binti Mustafa
Supervisor: Dr.Zuliza bt. Mohd Kusrin
Keywords: Program pemulihan
Pesalah kanak-kanak
Penghuni asrama Rusila
Juvenile delinquents -- Rehabilitation -- Malaysia -- Terengganu
Issue Date: 10-May-2012
Description: Di Malaysia, penahanan pesalah kanak-kanak adalah satu kaedah untuk memulihkan mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis metod penahanan dan pemulihan pesalah kanak-kanak mengikut perspektif Islam. Kajian jua menfokuskan kepada persepsi para penghuni Asrama Rusila terhadap program pemulihan tersebut. Metodologi kajian yang digunakan ialah analisa kandungan dan kajian lapangan dengan merujuk kepada kaedah temubual bersama beberapa pegawai akhlak, tenaga pengajar serta penghuninya. Soal selidik diedarkan kepada 18 responden yang terdiri dari penghuninya berdasarkan statistik bulan Ogos 2010. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pemulihan melalui kelas agama (Pendidikan Islam) adalah amat baik diterima oleh penghuninya kerana mereka sedar tentang pentingnya kehidupan beragama, begitu juga dengan aktiviti pemulihan secara umum. Namun, bagi aktiviti kaunseling dan psikologi serta aktiviti kemahiran dan vokasional, didapati penerimaan mereka sederhana dan kurang memuaskan berdasarkan kepada jawapan ketidakpastian yang banyak diberikan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penambahbaikan yang bersesuaian perlu dibuat bagi meningkatkan lagi keberkesanan program tersebut.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 125
Call Number: HV9068.F347 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76049+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.