Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458900
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Munawar Ismail, Dr.
dc.contributor.authorSiti Aishah Suhaimi (P50582)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:14Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:14Z-
dc.date.issued2013-01-10
dc.identifier.otherukmvital:75782
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458900-
dc.descriptionMasjid adalah pusat pendidikan terpenting pada awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Ia berperanan besar dalam aspek pendidikan, pembangunan dan perubahan hidup masyarakat sejagat. Perkembangan pendidikan yang berlaku ini berterusan sehingga kini melalui kelas-kelas pengajian yang diadakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor. Namun begitu, kebimbangan yang disuarakan oleh sesetengah pihak terhadap keampuhan pengajian akidah Islam berbanding kelas-kelas pengajian yang lain harus dilihat sebagai sesuatu yang optimis, bukan pesimis. Ini kerana masih ada lagi yang meletakkan harapan dan keyakinan kepada pengajian akidah Islam bagi membentuk akhlak dan ketahanan diri untuk menjadi benteng dalam menghadapi gelombang kemelut sosial yang bergerak seiring dengan arus pembangunan negara ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti program pengajian akidah Islam dari aspek bahan, kandungan dan pendekatan yang digunakan, mengkaji tahap pelaksanaan pengajaran, persepsi dan penggunaan pengaturan kendiri masyarakat terhadap program pengajian akidah Islam yang diadakan di masjid-masjid negeri Selangor. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif. Adapun pendekatan yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual adalah bertujuan untuk melengkapkan dapatan kajian dan sebagai data sokongan. Malah, ia juga turut menyumbang dalam menjawab objektif pertama di dalam kajian ini. Melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan kajian tinjauan, ia turut digunakan bagi memperolehi data-data yang menjawab objektif kedua hingga keempat. Seramai 203 responden yang telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah convenience sampling. Instrumen soal selidik telah dibina melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Data-data daripada borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif seperti peratus, frekuensi, min dan sisihan piawai menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 17.0. Hasil analisis kajian mendapati, pelaksanaan pengajian akidah Islam di masjid mendapat reaksi positif dari kalangan responden. Namun begitu, pelaksanaan ini perlu dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPengajian akidah islam
dc.subjectIslam -- Doctrines -- Study and teaching --Malaysia -- Selangor
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaksanaan program pengajian akidah Islam di masjid-masjid negeri Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages136
dc.identifier.callnoBP165.5.S58 2013 tesis
dc.identifier.barcode001619
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75782+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.