Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458897
Title: Penterjemahan parameter mudarabah yang patuh syariah dalam produk pengumpulan dana di dalam perbankan islam
Authors: Ahmad Nizar bin Mayudin
Supervisor: Prof. Dr. Abd. Ghafar Ismail
Keywords: Perbankan islam
Dana patuh syariah
Mudarabah
Banking law (Islamic law)
Banks and banking -- Religious aspects -- Islam
Finance -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 4-May-2012
Description: Kontrak urusniaga berasaskan mudarabah telah banyak digunapakai oleh perbankan Islam sebagai skim untuk menghimpun dana mahupun untuk melakukan pembiayaan. Kesannya produk kewangan berasaskan kontrak mudarabah ini pun telah berkembang secara pantas untuk memenuhi keperluan semasa. Ini bermaksud syarat dan rukun mudarabah juga telah diaplikasikan meluas dalam produk yang ditawarkan. Sejauhmana pengalaman pengaplikasian oleh beberapa instutusi perbankan Islam akan diselidik dalam kajian ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak perbankan Islam dalam skim penghimpunan dana (deposit) dan mengkaji syarat berkaitan. Secara spesifiknya, kajian ini akan melihat kepatuhan institusi perbankan terhadap syarat dan rukun tersebut. Untuk tujuan tersebut, kajian akan menggunakan dua pendekatan. Kajian ini menggunakan metodologi kajian perpustakaan dengan pengumpulan data sebanyak-banyaknya, sama ada daripada kitab-kitab turiith ataupun kitab-kitab semasa, serta melihat amalan semasa yang digunapakai oleh perbankan Islam, kemudian akan dianalisa oleh penulis. Sampel bank yang digunakan dalam kajian ini ialah Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kajian ini mendapati bahawa masih ada syarat dan rukun mudarabah yang belum patuh syariah dalam produk yang berasaskan mudarabah, iaitu wujudnya penetapan baki minimum dalam akaun, jaminan modal, penyamarataan rizab dan kos-kos pemiagaan mudarabah dibebankan kepada mudarib.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 83
Call Number: BP158.B35.A37 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75577+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.