Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458894
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Akil bin Muhamed Ali-
dc.contributor.authorNoradilah binti Abdul Wahab (P62716)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:01Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:01Z-
dc.date.issued2014-
dc.identifier.otherukmvital:75433-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458894-
dc.descriptionSebanyak 1.27% daripada kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah di negara ini terbabit dalam kes disiplin sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2010. Justeru, keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan semua pihak dan permasalahan perlu dikaji bagi mencari solusi bagi menangani masalah ini. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan aspek kematangan emosi dengan masalah disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. Kajian ini merupakan kajian tinjaun kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 162 orang sampel dipilih menjadi responden kajian yang melibatkan belajar tingkatan dua dan tingkatan enam di sekolah tersebut. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif yang dianalisis ialah kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Manakala Statistik inferensi yang digunakan ialah Korelasi Pearson. Nilai Alpha Cronbach yang dihasilkan untuk semua item soal selidik yang digunakan adalah baik dan tinggi iaitu α = 0.871. Hasil dapatan kajian deskriptif mendapati bahawa skor min bagi aspek kematangan emosi berada pada tahap sederhana rendah iaitu mencatat nilai 2.84, bagi masalah disiplin pula berada pada tahap sederhana rendah dengan nilai skor min ialah 3.00 dan bagi faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin secara keseluruhan berada pada tahap tinggi dengan mencatat nilai skor min 4.69. Manakala hasil dapatan bagi kajian inferensi dalam Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah emosi dengan masalah disiplin dalam kalangan pelajar Islam.Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan, semakin tinggi tahap kematangan emosi pelajar, maka semakin tinggi rasa akur dalam diri pelajar dalam mematuhi peraturan disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Implikasi daripada dapatan kajian, penting kepada pelajar untuk mempelajari cara yang berkesan dalam mendidik diri supaya bersikap lebih matang dalam setiap tindakan. Hal ini sekali gus dihayati dalam setiap tingkah laku pelajar,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMasalah disiplin-
dc.titleHubungan aspek kematangan emosi dengan masalah disiplin dalam kalangan pelajar Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan-
dc.typetheses-
dc.format.pages159-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75433+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.