Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458892
Title: Takhrij hadith dalam kitab Nasa'ih al-Ibad karya Shaykh Nawawi al-Bantani
Authors: Endang Mukhlis Hidayat (P56911)
Supervisor: Ahamad Asmadi Sakat, Dr.
Issue Date: 2014
Description: Kitab Nasa'ih al-cIbad yang dikarang oleh Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani adalah sebuah kitab tasawuf yang memuatkan pelbagai kategori hadith. Namun , ia wajar dikaji dari sudut keabsahannya kerana telah dijadikan sebagai rujukan umum khususnya Macahad di Indonesia. Permasalahan yang dikaitkan dengan kitab ini adalah mengenai status hadith-hadithnya yang masih belum ditakhrij dan dikaji hukumnya dari sudut kesahihannya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kekuatan setiap hadith yang terdapat dalam kitab Nasa'ih al-cIbad, mengenalpasti sumber-sumber hadithnya, menganalisis hadith-hadith yang boleh dijadikan sebagai asas hujjah atau sebaliknya, dan mengkelaskan hadith-hadith tersebut mengikut kategorinya seperti sahih, hasan, dacif dan mawduc. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan dengan menggunakan dokumen berdasarkan kepada manhaj ulama hadith, sama ada dari segi matan ataupun sanad. Berdasarkan kepada dapatan kajian ke atas 40 hadith yang diteliti, terdapat lima hadith yang sahih dan satu sahih li ghayrih, dua hadith yang hasan dan empat hadith hasan li ghayrih. Tiga belas hadith yang dacif dan tiga yang sangat dacif dan dua yang lain didapati dacif tetapi sahih pada maknanya yang bertepatan dengan al-Quran. Seterusnya, tiga hadith didapati mawduc dengan tujuh yang lain tidak dapat dikenalpasti sumber riwayatnya. Oleh itu, sebagai kesimpulan, terdapat dua belas hadith yang sahih dan hasan yang boleh diterima serta dijadikan sebagai asas sandaran hujjah. Dua hadith dacif yang sahih pada maknanya juga boleh diterima untuk diamalkan. Manakala, tiga belas hadith dacif yang tidak boleh dijadikan sebagai asas sandaran hujjah dalam membina hukum hakam Islam tetapi boleh dijadikan sebagai sandaran sebagai penguat fada'il al-acmal jika hadith-hadith tersebut memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulama hadith. Seterusnya, terdapat tiga hadith dalam kitab ini yang dikenalpasti sebagai sangat dacif dan tiga yang lain mawduc beserta tujuh hadith yang tidak dapat dikenalpasti sumber riwayatnya dari mana-mana kitab hadith yang muctabar, tidak boleh dijadikan sebagai sandaran hujjah dan tertolak. Implikasi kajian ini amat besar, sama ada kepada masyarakat dari segi sandaran hujjah mahupun kepada kitab Nasa'ih al-cIbad sebagai kitab masyhur yang dijadikan sebagai rujukan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 221
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75431+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.