Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458891
Title: Metodologi penulisan kitab al-Waraqat karangan imam al-Haramayn al-Juwayniyy
Authors: Muhamad Waqiyuddin bin Md Rofiee (P64038)
Supervisor: Mohamad Zaini bin Yahaya
Issue Date: 2014
Description: Al-Waraqāt merupakan salah sebuah kitab karangan Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniyy yang sentiasa menjadi rujukan sehingga kini. Ia juga merupakan salah sebuah kitab asas bagi ilmu usul fiqh dalam mazhab Syafie selain kitab al-Lumac, al-Minhāj dan Jamc al-Jawāmic. Walaupun ia hanya terdiri daripada beberapa helaian sahaja, ia tetap mendapat perhatian para ulama berlatarbelakangkan pelbagai mazhab untuk mensyarahkannya. Di Nusantara, kitab ini digunakan di kebanyakan pondok sebagai asas permulaan pembelajaran ilmu usul fiqh. Ini menunjukkan bahawa kitab Al-Waraqāt ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Dalam menghasilkan sebuah penulisan bermutu, gaya penulisan dan kemahiran menulis merupakan dua aspek penting. Justeru metodologi penulisan kitab Al-Waraqāt ini amat menarik untuk dikaji berbanding kitab-kitab usul fiqh lain. Oleh demikian, objektif kajian ini akan menganalisis keistimewaan metodologi penulisan yang digunakan oleh Imam al Ḥaramayn al-Juwayniyy dalam kitab Al-Waraqāt ini. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat secara ringkas latar belakang Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniyy serta kitab beliau Al-Waraqāt. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berbentuk kajian analisis dokumen. Dalam usaha mengumpul data, pengkaji menggunakan instrumen analisis dokumen untuk mendapatkan data-data yang relevan melalui teks-teks. Kajian ini terbatas kepada kitab Al-Waraqāt. Justeru dokumen-dokumen berkaitan kitab Al-Waraqāt akan dirujuk terutamanya kitab-kitab yang mensyarahkannya. Hasil kajian mendapati metodologi yang digunakan dalam kitab Al-Waraqāt ini mudah dan menepati asas-asas dalam pembelajaran ilmu usul fiqh bagi peringkat permulaan. Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniyy meraikan para pelajar dengan penggunaan metodologi yang sesuai bagi mereka. Antaranya perbincangan setiap tajuk dan definisinya dimudahkan. Penggunaan dalil, contoh dan pendedahan kepada pelbagai pendapat dikurangkan.,Master/Sarjana
Pages: 106
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75430+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.