Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458890
Title: Penyesuaian diri muallaf terhadap masyarakat dalam kalangan pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP)
Authors: Marlon Pontino Guleng (P60454 )
Supervisor: Latifah Abd Majib, Prof. Madya Dr.
Keywords: Muallaf
Issue Date: 2014
Description: Dewasa kini, konsep wasatiyyah dalam pengamalan ibadah telah disalahtafsirkan oleh belia. Kebanyakan mereka memahami konsep ini, tetapi tidak menghayati maksud sebenar konsep tersebut. Sedangkan, konsep wasatiyyah perlu difahami dan dihayati oleh belia dalam melaksanakan ibadah kerana wujudnya simbiosis antara konsep wasatiyyah dengan pengamalan ibadah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan penghayatan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap konsep wasatiyyah dan implementasinya terhadap amalan ibadah solat dan puasa. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Seramai 400 responden telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian adalah berdasar persampelan secara rawak mudah. Dalam kajian ini data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan Korelasi Pearson. Nilai Alpha Cronbach yang dihasilkan untuk item tahap kefahaman wasatiyyah ialah 0.947, manakala nilai Alpha Cronbach bagi item tahap penghayatan ialah 0.836. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai skor min secara keseluruhan terhadap tahap kefahaman adalah 3.44, manakala nilai skor min tahap penghayatan pula adalah 3.57. Untuk skor min bagi tahap kefahaman lelaki adalah 3.48 dan skor min bagi perempuan 3.41. Nilai skor min untuk tahap penghayatan bagi lelaki adalah 3.44 manakala skor min untuk perempuan adalah 3.40. Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman dan penghayatan berdasarkan jantina. Analisis korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kefahaman, penghayatan dan implementasinya terhadap amalan ibadah solat dan puasa. Ia juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman wasatiyyah yang tinggi dapat meningkatkan tahap penghayatan dalam bentuk amalan. Konsep wasatiyyahini memberi implikasi yang besar khususnya dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan konsep wasatiyyah serta pengamalannya dalam kehidupan.,Master/Sarjana
Pages: 109
Call Number: BP170.5.M344 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75429+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.