Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458889
Title: Sumbangan Shaykh Mahmud Khalil al-Husari dalam bidang al-Qira'at
Authors: Mohd Mahfuz Jaafar (P50551)
Supervisor: Sabri Mohammad, Dr.
Keywords: Shaykh Mahmud Khalil al-Husari
Al-Qira'at
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Oct-2014
Description: Shaykh Mahmud Khalil al-Husari adalah seorang tokoh ilmuan al-Quran yang sangat terkenal dan dikagumi di era kegemilangan beliau. Beliau sangat terkenal dengan kehebatannya dalam bidang bacaan al-Quran secara Murattal dan Mujawwad. Bagaimanapun, sumbangan beliau yang sangat memberi kesan kepada bidang al-Qira'at dan masyarakat umum adalah dengan adanya rakaman bacaan al-Quran dalam pelbagai Qira'at serta terdapat beberapa penghasilan karya-karya beliau berkenaan dengan ilmu al-Qira'at. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengkaji Shaykh Mahmud Khalil al-Husari sebagai seorang tokoh yang berwibawa dalam bidang ilmu al-Quran umumnya dan dalam bidang al-Qira'at khususnya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sumbangan beliau dalam bidang al-Qira'at dan keselarian hasil karya dengan pengaplikasian beliau dalam bacaan al-Quran. Kajian ini memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen dan temu bual. Manakala penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil kajian ini mendapati Shaykh Mahmud Khalil al-Husari merupakan seorang tokoh ilmuan yang berwibawa dalam bidang al-Qira'at dan telah meninggalkan satu sumbangan yang besar di dalam bidang al-Qira'at dan kepada masyarakat umum. Kajian ini memberi implikasi dalam memperkembangkan bidang al-Qira'at khususnya dalam metode pengajian dan penulisan bagi ilmu al-Qira'at.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 116
Call Number: BP80.H87M846 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75427+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.