Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458888
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Al-Adib bin Samuri, Dr. | |
dc.contributor.author | Norfairuz Azizah A.Ghani (P60445) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:35:50Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:35:50Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75426 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458888 | - |
dc.description | Anak tak sah taraf perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia tanpa dinasabkan kepada bapa biologi sebagaimana pandangan majoriti fuqaha. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan fuqaha yang membolehkan anak tak sah taraf dinasabkan kepada bapa biologi. Di Malaysia, terdapat negeri seperti Perlis yang membenarkan perkara tersebut biarpun anak yang dilahirkan tidak mencukupi enam bulan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penasaban anak tak sah taraf menurut syarak, mengenalpasti hak bapa biologi mencabar keputusan pendaftaran anak tak sah taraf dan mengkaji prosedur dan syarat pendaftaran anak tak sah taraf di Jabatan Pendaftaran Negara. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan analisis dokumen. Data diperolehi daripada fail di Jabatan Pendaftaran Negara, Mahkamah Tinggi Syariah Perlis dan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Kajian mendapati, anak tak sah taraf boleh dinasabkan kepada bapa biologi berdasarkan beberapa pandangan ulama yang membenarkan. Oleh itu, Mahkamah Tinggi Syariah berperanan dalam menentukan kesahtarafan seorang anak. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu membenarkan anak tak sah taraf dinasabkan kepada bapa biologi tanpa mengikuti apa yang telah di enakmenkan dalam Undang-undang Keluarga Islam Terengganu. Manakala, Mahkamah Tinggi Syariah Perlis tidak membenarkan anak tak sah taraf dinasabkan kepada bapa biologi walaupun bercanggah dengan fatwa perlis yang telah diwartakan. Hal ini kerana hakim mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan malah mempunyai tafsiran yang berbeza-beza dalam menentukan kesahtarafan anak. Manakala, prosedur dan syarat di Jabatan Pendaftaran Negara telah mengikut syarak dan Fatwa Kebangsaan Malaysia yang telah dikeluarkan. Namun begitu, perkataan permohonan seksyen 13 tidak perlu diletakkan dalam sijil kelahiran sekiranya mahkamah membenarkan penasaban tersebut. Walau bagaimanapun, anak tak sah taraf tidak boleh dipersalahkan dan tidak bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukan oleh ibunya. Justeru itu, sekiranya anak tak sah taraf dinasabkan kepada bapa biologi dan diperakui oleh undang-undang Malaysia, sekurang-kurangnya memberikan peluang kepada bapa biologi untuk bertanggungjawab dan dapat menyelamatkan anak tersebut dari rasa malu dan terhina dengan status tak sah taraf.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pendaftaran anak | |
dc.title | Penasaban dan pendaftaran anak tak sah taraf menurut Islam dan undang-undang Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 122 | |
dc.identifier.callno | BP158.I4N64 2014 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75426+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.