Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458887
Title: | Kaedah i'adah al-quran yang diaplikasi dalam kalangan pelajar Darul Quran, Jakim |
Authors: | Wan Khalijah Wan Jusoh (P53165) |
Supervisor: | Nasyruddin bin Wan Abdullah, Dr. Wan |
Keywords: | I'adah al-quran |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Menghafaz al-Quran adalah satu kemuliaan di sisi Allah S.W.T Ia memerlukan kaedah yang betul dan komitmen yang tinggi. Tanpa kaedah yang betul dan komitmen yang tinggi, hafazan akan hilang dari ingatan huffaz dalam masa yang singkat. Namun hafazan ini juga memerlukan kepada kaedah icadah yang betul dan bersesuaian dengan setiap huffaz. Kesan daripada pengaplikasian kaedah yang tidak betul ini menyebabkan para pelajar melupai hafazannya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah icadah al-Quran yang diaplikasikan oleh para pelajar. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor dan permasalahan yang mempengaruhi para pelajar untuk icadah al-Quran dengan lebih baiki. Seterusnya menganalisis kaedah icadah al-Qur'an untuk digunakan di Darul Quran. Kajian ini memilih metode tinjauan sebagai rekabentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen, soal selidik, observasi dan temubual dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga kaedah icadah al-Quran utama yang telah diaplikasi oleh para pelajar ini, iaitu kaedah merujuk kepada tafsir sebelum dan selepas icadah, kaedah icadah secara berseorangan dan kaedah icadah dengan hanya mengkhususkan satu mushaf sahaja. Faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan icadah al-Quran ialah suasana persekitaran yang tenang. Manakala masalah yang dihadapi oleh para pelajar ini ialah banyak menghabiskan masa hanya untuk mengumpul hafazan baru sahaja tanpa melakukan icadah al-Quran. Hasil kajian ini memberi implikasi yang besar khususnya pihak pusat tahfiz perlu mengambil inisiatif dan mempelbagaikan kaedah-kaedah icadah serta mewujudkan kelas icadah secara berkala dan sistematik.,Master/Sarjana |
Pages: | 145 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75425+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.