Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458882
Title: | Persepsi remaja terhadap khutbah Jumaat di masjid kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) |
Authors: | Majdi Mohamad Nor (P67056 ) |
Supervisor: | Razaleigh Bin Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Khutbah Jumaat |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Khutbah Jumaat adalah salah satu medium dakwah dan saluran informasi dalam kehidupan masyarakat. Ia perlu berfungsi dan berperanan dengan sebaik mungkin bagi memastikan tujuan khutbah tercapai khususnya dalam mendidik dan membentuk remaja yang mapan jati diri dengan nilai-nilai keagamaan. Kesediaan dan penerimaan positif golongan remaja terhadap khutbah Jumaat mampu mencetus minat dan pengamalan ajaran agama dalam kehidupan mereka. Walaupun begitu, persepsi mereka terhadap khutbah Jumaat perlu dikaji dan diteliti agar penambahbaikan yang berterusan dapat dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis persepsi golongan remaja terhadap khutbah Jumaat yang sering dikatakan tidak bermaya, lesu, hambar dan tidak menarik perhatian mereka. Kajian ini dijalankan di tiga buah masjid yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Metode yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada 200 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi remaja terhadap khutbah Jumaat di lokasi kajian berada pada tahap sederhana positif, walau bagaimanapun majoriti responden mengakui bahawa mereka kurang memberi tumpuan semasa khutbah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa khatib dan teks khutbah adalah faktor penyumbang utama kepada tumpuan remaja terhadap khutbah berbanding kemudahan teknikal yang disediakan. Sehubungan itu, kajian ini mendapati kualiti penyampaian khutbah memberi implikasi yang besar khususnya bagi menyentuh perasaan remaja untuk menjiwai dan mengamalkannya.,Master/Sarjana |
Pages: | 142 |
Call Number: | BP183.6.M336 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75422+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.