Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458878
Title: Pelaksanaan wakaf kesihatan di Malaysia
Authors: Nur Athira Hani Abdul Rahman ( P60407 )
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Wakaf kesihatan
Issue Date: 2014
Description: Wakaf kesihatan telah lama dipraktikkan dalam sejarah Islam seiring dengan wakaf untuk tujuan keagamaan dan wakaf pendidikan. Namun begitu, wakaf kesihatan kurang diberi pendedahan dan dibangunkan di Malaysia sebagaimana wakaf dalam bidang keagamaan dan pendidikan. Hanya terdapat dua pihak sahaja yang dapat dikenalpasti membangunkan wakaf dalam bidang kesihatan di Malaysia iaitu syarikat Johor Corporation (JCorp) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Kedua-duanya merupakan entiti yang berbeza iaitu JCorp merupakan syarikat korporat swasta manakala PWS merupakan pihak berkuasa wakaf. Bagi tujuan untuk menggalakkan pembangunan wakaf kesihatan di negara ini, maka pelaksanaan wakaf kesihatan oleh kedua-duanya perlu dikaji untuk dijadikan contoh kepada pihak yang berwajib. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan pelaksanaan wakaf kesihatan dalam sejarah Islam. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan wakaf kesihatan di Malaysia oleh JCorp dan PWS serta menganalisis isu dalam pelaksanaan wakaf kesihatan oleh kedua-dua pihak tersebut. Model pelaksanaan wakaf kesihatan kedua-duanya dijelaskan dari sudut pengumpulan dana, pengurusan dan penyaluran dana. Bagi tujuan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Seterusnya, data dikumpul menerusikaedah analisis dokumen dan temubual separa struktur, manakala analisis data menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa model pelaksanaan wakaf kesihatan oleh JCorp dan PWS bertepatan dengan pelaksanaannya dalam sejarah Islam. JCorp dan PWS telah mengaplikasikan konsep wakaf korporat yang bersifat kontemporari dan sesuai dengan peredaran zaman. Pengumpulan dana oleh kedua-duanya hanya melibatkan harta alih sahaja yang lebih fleksibel untuk dipraktikkan pada masa kini. Selain itu, penglibatan sektor korporat swasta bermatlamatkan keuntungan seperti JCorp dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dilihat memainkan peranan penting dalam membangunkan wakaf kesihatan. Oleh itu, Majlis Agama Islam Negeri perlu mengambil inisiatif menurunkan kuasa menguruskan wakaf kepada syarikat-syarikat korporat atau bekerjasama denganmereka. Seterusnya, peringkat penyaluran dana dilihat bertepatan dengan konsep wakaf. Dana disalurkan kepada penerima wakaf am dan penerima wakaf khusus. Dana wakaf juga digunakan untuk tujuan pelaburan bagi menjana dana berterusan. Kajian ini memberi implikasi kepada Majlis Agama Islam Negeri dan syarikat-syarikat korporat swasta berasaskan keuntungan sebagai contoh rujukan.,Master/Sarjana
Pages: 105
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75414+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.