Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458877
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tengku Zarina binti Tengku Puji, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Nor Azimah Sabaruddin (P64783 ) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:35:29Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:35:29Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75413 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458877 | - |
dc.description | Kelas pengajian al-Quran Braille di Malaysia adalah suatu alternatif kepada golongan cacat penglihatan untuk mempelajari al-Qur'an. Tanpa menghadiri kelas sebegini, golongan ini tidak dapat mengetahui kod-kod yang terdapat di dalam al-Qur'an Braille. Bagi ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia yang berada di sekitar Kuala Lumpur, mereka berpeluang menghadiri kelas-kelas ini di Kompleks Malaysian Association for the Blind, Brickfields, Kuala Lumpur. Ia merupakan kerjasama di antara Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta tatacara pelaksanaannya masih lagi belum dikaji. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Qur'an Braille di kompleks tersebut. Kajian ini adalah kajian kes yang melibatkan proses pengumpulan data seperti analisis dokumen, temu bual kelompok fokus dan pemerhatian turut serta. Dapatan kajian ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu kaedah pengajaran dan kaedah pembelajaran. Dari sudut kaedah pengajaran yang kerap diguna pakai oleh guru ialah kaedah bacaan murid (50%), talaqqi dan mushafahah (25%), dan pembetulan makhraj serta hukum tajwid (12.5%). Manakala satu lagi kaedah tambahan yang juga menarik dan berkesan menurut para guru ialah kaedah latih tubi sebutan kalimah (12.5%). Dari sudut kaedah pembelajaran pula, hasil kajian menunjukkan kesemua 35 orang murid (100%) bersetuju bahawa keempat-empat kaedah yang diajarkan oleh para guru di institusi tersebut adalah sangat berkesan, menarik dan mudah diikuti. Kajian ini memberi implikasi khususnya dari segi menambah bilangan tenaga pengajar, menambah masa dan kekerapan kelas serta menyediakan ruang belajar yang lebih luas bagi menampung bilangan pelajar yang kian bertambah dari semasa ke semasa.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Al-Quran braille | |
dc.title | Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran braille : kajian kes di Kompleks Malaysian Association for the blind, Brickfields, Kuala Lumpur | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 110 | |
dc.identifier.barcode | 003212 (2015) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75413+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.