Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458876
Title: Inovasi sains dan teknologi era abbasi pada zaman pemerintahan Banu Saljuq (429H/1038M-656/1258M)
Authors: Wan Hamdi Wan Sulaiman ( P57398)
Supervisor: Roziah bt Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sains dan teknologi
Era abbasi
Issue Date: 2014
Description: Kajian ini bertitik tolak daripada pernyataan Kheirabadi dan Starr yang menegaskan wujudnya pencapaian yang tinggi dalam bidang keilmuan, termasuk penghasilan inovasi dalam bidang sains pada zaman pemerintahan Banu Saljuq. Objektif kajian ini adalah untuk mengamati sejarah kemunculan Banu Saljuq dalam pentadbiran kerajaan cAbbasiyyah, meneliti perkembangan sains dan teknologi era cAbbasi pada zaman pemerintahan Banu Saljuq dan menganalisis inovasi sains dan teknologi era cAbbasi pada zaman pemerintahan Banu Saljuq. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi metode kajian sejarah. Data dikumpul menggunakan analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, khususnya yang berkaitan secara langsung dengan sejarah sains dan teknologi pada zaman pemerintahan Banu Saljuq. Data yang diperoleh, dianalisis secara internal dan external criticism. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa banyak berlaku inovasi dalam bidang sains dan teknologi pada zaman pemerintahan Banu Saljuq. Dalam bidang matematik, inovasi yang berlaku ialah memperkenalkan formula rumus bagi singkatan dalam penjumlahan nombor, memperkenalkan konsep nombor bukan nisbah, pembentukan teori garisan selari, penyelesaian mengenai persamaan kubik, keratan kon dan penyelesaian persamaan berdarjah empat. Dalam bidang fizik pula, inovasi yang berlaku ialah penentuan sukatan berat dan memperkenalkan teori ketepatan graviti bahan. Manakala dalam bidang kejuruteraan, inovasi dikesan berlaku dalam kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal. Dalam bidang kejuruteraan awam, inovasi boleh dilihat dari segi penemuan konsep baru empat Iwan di dalam pembinaan masjid, pembinaan banyak ruang berkubah di samping mihrab, pembinaan masjid bercirikan pelan kios, pembinaan masjid dengan pelan berbentuk dewan bujur dan penemuan penutup halaman, penggunaan campuran batu dan bata dalam pembinaan menara, pembinaan menara berbentuk silinder dan poligan, pembinaan makam menara, pembinaan makam berbentuk dekagon dan pembinaan Karavenserai. Dalam kejuruteraan mekanikal pula penemuan kincir air, jam dan alat mengangkut air yang canggih dengan menggunakan sistem automatik turut tersenarai sebagai inovasi yang berlaku dalam sains dan teknologi pada zaman pemerintahan Banu Saljuq. Kajian ini memberi implikasi khususnya untuk menerokai kegemilangan sains dan teknologi.,Master/Sarjana
Pages: 116
Call Number: DS328.2.W34 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75412+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.