Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458875
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZakaria Stapa, Prof.-
dc.contributor.authorAzmin Pullong (P57602)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:35:26Z-
dc.date.available2023-09-13T07:35:26Z-
dc.date.issued2013-05-21-
dc.identifier.otherukmvital:74978-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458875-
dc.descriptionDunia tarekat hari ini dipenuhi dengan pelbagai kekeliruan dan kontroversi daripada pelbagai pihak. Dakwaan yang sering kedengaran berhubung dengan perkara ini ialah adalah tarekat tasawuf merupakan pintu gerbang kepada kesesatan dan penyelewengan akidah. Secara umumnya isu ini bertitik tolak daripada dua elemen penting yang perlu diperhalusi iaitu doktrin dan amalan yang merupakan penentu kepada corak dan haluan tarekat yang dibawa sama kedudukannya menepati kehendak syariat ataupun terpesong jauh menyeleweng. Jawapan kepada persoalan tersebut adalah perlunya satu penelitian secara mendalam terhadap doktrin dan amalan bagi tujuan pengesahan terhadap kedudukan dan status tarekat dibawa. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada sebuah kumpulan tarekat yang belum diuji kedudukan dan statusnya yang dilihat sedang berkembang baik di Malaysia. Tarekat yang dimaksudkan adalah tarekat Shadhiliyah al-Darqawiyah di bawah pimpinan Sheikh Rahimuddin al-Nawawi yang berpusat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi Selangor. Kajian ini dilakukan untuk meneliti secara mendalam tentang kumpulan ini. Tumpuan utama kajian ini adalah bagi mendedahkan perkembangan dan kemasukan tarekat ini ke Malaysia, meneliti dan menganalisis secara mendalam berhubung doktrin dan pengamalan bagi tujuan mengukur dan menilai sejauh mana ianya bertepatan dengan al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para ulama khususnya ulama tasawuf. Maklumat-maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperolehi menerusi dua kaedah pengkajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan melibatkan kaedah dokumentasi dan pensejarahan yang banyak ditumpukan kepada penerokaan secara mendalam terhadap buku-buku yang berkaitan. Manakala kajian lapangan pula menggunakan kaedah temubual dan observasi (pemerhatian) serta penyertaan bersama pengkaji dalam aktiviti-aktiviti tarekat Shadhiliyah al-Darqawiyah pimpinan Sheikh Rahimuddin. Hasil kajian mendapati, kemasukan tarekat ini ke Malaysia adalah dibawa oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Kajian ini juga mendapati doktrin dan amalan tarekat Shadhiliyah al-Darqawiyah pimpinan Sheikh Rahimuddin secara keseluruhannya adalah selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan mempunyai sandaran dan dokongan daripada ulama-ulama tasawuf terdahulu.,Master-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAnalisis Kritis Terhadap Doktrin Tarekat Shadhiliyah Al-Darqawiyah Di Malaysia-
dc.subjectAnalisis Kritis Terhadap Amalan Tarekat Shadhiliyah Al-Darqawiyah Di Malaysia-
dc.subjectShadhiliyah--Malaysia-
dc.titleAnalisis Kritis Terhadap Doktrin Dan Amalan Tarekat Shadhiliyah Al-Darqawiyah Di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages153-
dc.identifier.callnoBP189.7.S51 .A96 2013-
dc.identifier.barcode000478-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74978+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.