Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458874
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ridzuan Awang, Prof. Madya-
dc.contributor.authorNurul Syafini Abd Rahman (P48984)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:35:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:35:24Z-
dc.date.issued2013-04-04-
dc.identifier.otherukmvital:74977-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458874-
dc.descriptionWasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang yatim yang didinding oleh individu tertentu. Terdapat beberapa Negara Islam seperti Mesir, Syria, Tunisia dan Malaysia khususnya Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Melaka yang memperuntukkan undang-undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam undang-undang mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji berkaitan dengan konsep wasiat dan wasiat wajibah serta pelaksanaannya di dalam sistem perundangan Islam, mengenal pasti pandangan fuqaha` berkaitan konsep wasiat wajibah dan pemakaiannya di dalam perundangan di beberapa negara Islam termasuk Malaysia serta menganalisis sandaran dan pegangan mereka. Metod kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab muctabar dalam pelbagai madhhab yang merupakan maklumat utama di samping merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang lain seperti makalah-makalah dan statut tertentu yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dan persamaan pendapat di antara para fuqaha` berkaitan hukum wasiat wajibah dan pemakaian undang-undang wasiat wajibah di beberapa negara Islam khususnya dalam menentukan ashab wasiat wajibah, syarat-syaratnya serta kadar yang sepatutnya diterima. Selain itu, terdapat perbezaan dan persamaan di antara wasiat wajibah dengan wasiat ihktiyariyyah dan pusaka. Dari segi pelaksanaan, wasiat wajibah mempunyai kedudukan yang kuat dan diberi keutamaan berbanding dengan wasiat ikhtiyariyyah dan wasiat yang wajib disisi syarak. Statut juga tidak menetapkan satu kaedah untuk mengeluarkan kadar wasiat wajibah dari keseluruhan harta si mati kerana luasnya ruang ijtihad yang boleh digunapakai oleh para mujtahidin. Selain itu, peruntukan di beberapa negeri di Malaysia yang telah memperundangkan wasiat wajibah tidak menyamai dengan fatwa kebangsaan kerana undang-undang dan pengurusan wasiat orang Islam di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999, Negeri Sembilan 2004 dan Negeri Melaka 2005 berhubung dengan undang-undang wasiat wajibah perlu dikaji semula agar tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang.,Master-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law)-
dc.titleWasiat Wajibah Menurut Pandangan Fuqaha` Dan Peruntukan Undang-Undang Di Negara Islam-
dc.typetheses-
dc.format.pages114-
dc.identifier.callnoBP158.W45 .N845 2013-
dc.identifier.barcode000479-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74977+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.