Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458873
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaudzinaim Bin Haji Badaruddin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAhmad Shahrir Abdul Ghani (P39135)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:35:22Z-
dc.date.available2023-09-13T07:35:22Z-
dc.date.issued2013-04-19
dc.identifier.otherukmvital:74976
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458873-
dc.descriptionKhalwah merupakan salah satu bentuk latihan kerohanian (mujahadat al-nafs) yang dipraktikkan oleh para pengamal tarekat bertujuan untuk memperolehi sepenuh tumpuan dalam melakukan amal ibadah. Ia juga bertujuan untuk membersih dan menyucikan hati dari kekotoran maknawi yang menghijab hati dari menyaksikan keagungan dan kebesaran Allah SWT. Kedudukannya dikatakan tergelincir daripada landasan hukum syarak pada pandangan umat Islam dan para ulama setempat yang tidak mengamalkan amalan ini. Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif-objektif berikut. Pertama, menghuraikan konsep khalwah dalam ilmu tasawuf seperti yang difahami oleh para sufi. Kedua, membuat tinjauan terhadap penghayatan dan bentuk-bentuk-bentuk khalwah dalam kumpulan tarekat yang wujud di Malaysia. Ketiga menganalisis beberapa praktik khalwah dalam amalan tarekat di Malaysia yang kontroversi. Kajian ini bersifat kualitatif dan eksploratif dengan menggunapakai dua metodologi iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan bertujuan memperoleh data bertulis daripada media cetak dan elektronik mengenai konsep khalwah dalam ilmu tasawuf. Kajian lapangan pula dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan praktis dan amalan khalwah dalam tarekat-tarekat di Malaysia. Maklumat-maklumat berkaitan diperoleh melalui kaedah temubual dan observasi. Bagi tujuan kajian lapangan, lokasi kajian hanya tertumpu kepada kumpulan tarekat yang aktif di tiga buah negeri sahaja iaitu Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan di mana hampir semua tarekat besar di Malaysia berada di dalam tiga lokasi kajian ini. Tumpuan utama kajian terbatas kepada tiga tarekat yang utama iaitu tarekat Qadiriyyah Naqshabandiyyah, Naqshabandiyyah cabang al-Khalidiyyah, dan Mujadidiyyah. Tarekat Shatariyyah, serta tarekat Ahmadiyyah. Maklumat yang diperolehi ini kemudiannya dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Berdasarkan dapatan kajian, khalwah secara umumnya adalah amalan yang dititikberatkan oleh semua kumpulan tarekat bagi tujuan mencapai matlamat bertarekat. Terdapat dua bentuk praktik khalwah yang diamalkan iaitu khalwah zahir dan khalwah batin. Khalwah zahir merupakan khalwah yang dijalankan secara sistematik yang memperuntukkan satu tempoh masa tertentu di tempat yang khusus dan di bawah pimpinan dan bimbingan seorang guru yang murshid. Khalwah batin pula dilakukan setiap masa dan ketika dalam apa bentuk keadaan sekalipun yang tidak terikat dengan tempoh masa atau tempat yang khusus. Kajian mendapati tarekat Naqshabandiyyah cabang al-Khalidiyyah dan tarekat Shatariyyah mengamalkan praktik khalwah zahir ini. Manakala tarekat-tarekat lain didapati menumpukan terus kepada khalwah secara batin. Kedua-dua bentuk amalan khalwah ini dan persoalan-persoalan yang meragukan yang terdapat dalam amalan khalwah zahir adalah selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini juga mendapati ia mempunyai sandaran-sandaran yang boleh dirujuk kepada kedua-dua sumber itu selain dapat diperkukuhkan lagi dengan pandangan para ulama tasawuf.,Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKonsep Khalwah
dc.subjectAmalan Tarekat
dc.subjectSolitude--Religious aspects--Islam
dc.titleKonsep Khalwah Dalam Amalan Tarekat Di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages166
dc.identifier.callnoBP190.5.S6 .A37 2013
dc.identifier.barcode000480
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74976+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.