Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458871
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaini bin Nasohah, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorAmir Fariz Che Man (P54577)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:35:18Z-
dc.date.available2023-09-13T07:35:18Z-
dc.date.issued2013-02-28
dc.identifier.otherukmvital:74975
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458871-
dc.descriptionPersoalan nusyuz isteri merupakan suatu isu kritikal dalam kehidupan berumah tangga kerana nusyuz merupakan antara penyumbang terbesar kepada keruntuhan institusi keluarga di Malaysia. Melalui penelitian terhadap kes-kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak pula, didapati sebahagian daripadanya adalah berpunca daripada kesalahfahaman konsep nusyuz oleh suami sehingga sewenang-wenangnya menuduh isteri sebagai nusyuz. Dari aspek perundangan, isu pensabitan nusyuz isteri dilihat memerlukan penyelesaian apabila beberapa permasalahan didapati mengganggu kelancaran pengendalian kes-kes berkaitan dengannya. Permasalahan tersebut ialah kekaburan peruntukan berkaitan pensabitan nusyuz isteri dalam enakmen, prosedur tuntutan sabitan nusyuz isteri yang kurang jelas dan beban pembuktian nusyuz isteri yang berat sehingga membawa kepada penghakiman yang tidak konsisten. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji konsep nusyuz isteri berdasarkan pandangan fuqaha daripada empat mazhab utama serta fuqaha kontemporari. Selain itu, kajian ini turut menganalisa peruntukan dan tatacara pensabitan nusyuz dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak. Seterusnya, kajian ini bertujuan menganalisa sama ada penghakiman kes-kes nusyuz isteri di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak dibuat secara konsisten serta selaras dengan fiqh Islam. Kajian ini menggunakan metod analisa dokumen dan metod temubual tidak berstruktur sebagai metod pengumpulan data. Manakala metod komparatif pula digunakan sebagai metod analisis data. Hasil kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar fuqaha keempat-empat mazhab mempunyai pandangan yang sama dalam menentukan perbuatan nusyuz isteri iaitu keluar rumah tanpa izin suami, enggan berseronok-seronok atau bersetubuh dengan suami tanpa keuzuran dan tidak mentaati suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syarak. Fuqaha kontemporari juga sependapat dengan fuqaha silam terhadap perkara-perkara tersebut, namun mereka juga menyenaraikan beberapa pengecualian perbuatan isteri yang tidak dikira sebagai nusyuz. Kajian ini turut mendapati bahawa peruntukan berkaitan nusyuz isteri ada dinyatakan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak tetapi bukan khusus tentang pensabitan nusyuz sebaliknya berkaitan kesan nusyuz terhadap nafkah. Pensabitan nusyuz ke atas isteri pula didapati jarang berlaku kerana penghakiman oleh hakim dilihat bersifat berhati-hati demi memastikan keadilan pihak-pihak yang bertelingkah dapat ditegakkan selaras dengan fiqh Islam.,Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPensabitan Nusyuz Isteri
dc.subjectPensabitan Nusyuz Isteri Di Mahkamah Rendah Syariah
dc.subjectNusyuz Isteri Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak
dc.subjectPensabitan Nusyuz Isteri Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak
dc.subjectMahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak Berkenaan Pensabitan Nusyuz Isteri
dc.subjectDomestic relations (Islamic law)
dc.titlePensabitan Nusyuz Isteri Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak
dc.typetheses
dc.format.pages122
dc.identifier.callnoBP158.D6 .A475 2013
dc.identifier.barcode000481
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74975+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.