Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458870
Title: | Pembaharuan Sukatan Pengajian Tafsir Al-Quran Di Maktab Mahmud, Kedah |
Authors: | Siti Zainab Mamat (P47372) |
Supervisor: | Ahmad Fakhrurrazi bin Mohammed Zabidi, Ustaz |
Keywords: | Pembaharuan Sukatan Pengajian Tafsir Al-Quran Di Kedah Sukatan Pengajian Tafsir Al-Quran Di Kedah Pembaharuan Pengajian Tafsir Al-Quran Di Kedah Pengajian Tafsir Al-Quran Di Kedah Qur'an--Hermeneutics--Study and teaching (Secondary)--Malaysia--Kedah |
Issue Date: | 23-May-2013 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembaharuan dalam sukatan pengajian tafsir al-Quran di Maktab Mahmud, Kedah. Kajian ini hanya tertumpu kepada sukatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran mengikut fasa 1959-1969, 1970-1988 dan 1989 sehingga kini. Reka bentuk kajian ini ialah analisis kandungan sukatan kurikulum Pelajaran Ugama Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Data-data dalam kajian ini dikumpulkan menggunakan dokumen dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sukatan pelajaran tafsir di Maktab Mahmud telah melalui tiga fasa peringkat penyusunan semula. Bertitik tolak daripada perubahan tersebut, terdapat tiga bentuk pembaharuan yang telah ditemui dalam kajian ini. Aspek-aspek pembaharuan tersebut ialah tema ayat, jumlah ayat al-Qur'an dan penggunaan buku teks. Ketiga-tiga aspek pembaharuan ini dapat dikenalpasti berdasarkan pemilihan ayat-ayat al-Quran yang digunakan sebagai teks tafsir, penetapan tajuk atau tema ayat, pertambahan peruntukan masa dan pengubahsuaian reka bentuk kandungan buku teks. Perubahan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa sukatan yang sedia ada cuba untuk diselaraskan seiring dengan keperluan pelajar. Hasil kajian memberi implikasi kepada guru melaksanakan kurikulum dengan berkesan agar pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dari kandungan sukatan tafsir yang dipelajari.,Master |
Pages: | 99 |
Call Number: | BP130.2 .S58 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74974+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.