Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458866
Title: Pengaruh kepimpinan guru silat terhadap cara hidup pelajar: kajian di gelanggang silat Seni Gayong Malaysia sekolah-sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan
Authors: Mohd Rosdi Mat Zain (P54315)
Supervisor: Ahmad Redzwan bin Yunus, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pencak silat -- Study and teaching (Secondary) -- Negeri Sembilan
Issue Date: 15-Feb-2013
Description: Kajian ini membincangkan tentang pengaruh kepimpinan guru silat terhadap cara hidup pelajar di gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia sekolah-sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Guru silat merupakan individu yang mempunyai pengaruh ke atas pelajar-pelajar sekolah sebagai contoh tauladan dan ikutan. Pelajar-pelajar yang menyertai seni silat sangat menghormati guru-guru silat mereka dan berpotensi untuk terpengaruh dengan budaya kehidupan guru silat mereka. Namun begitu bagaimana kepimpinan guru silat mempengaruhi cara hidup pelajar di Gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap penghayatan Islam dalam kalangan guru silat, menganalisis amalan kepimpinan yang diamalkan oleh guru silat di gelanggang dan menganalisis pengaruh kepimpinan guru silat terhadap cara hidup pelajar. Seterusnya, kajian ini mengumpul data menggunakan soalselidik. Seramai 156 orang responden dipilih daripada lapan buah sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian komputer 'Statistical Package for the Social Sciences' (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan tahap penghayatan Islam dalam kalangan guru silat adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan amalan kepimpinan yang diamalkan oleh guru silat di gelanggang ialah bersikap keterbukaan dan kepimpinan melalui teladan. Selain itu, kajian ini menunjukkan kepimpinan guru silat mempengaruhi kehidupan pelajar dari segi aktiviti harian (95.5%), ibadah harian (96.8%) dan menjauhi perbuatan yang dilarang oleh Islam (96.2%).,Master
Pages: 133
Call Number: GV1114.75 .M847 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74970+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.