Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458862
Title: | Pemikiran Akidah Ketuhanan Shaykh Muhammad Zayn Bin Al-Faqīh Jalāluddin Dalam Kitab Bidāyat |
Authors: | Mohd Faizul Azmi (P56886) |
Supervisor: | Mudasir Rosder, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pemikiran Akidah Ketuhanan Shaykh Muhammad Zayn Bin Al-Faqīh Jalāluddin Shaykh Muhammad Zayn Bin Al-Faqīh Jalāluddin Akidah Ketuhanan Pemikiran Akidah Ketuhanan Shaykh Muhammad Zayn Bin Al-Faqīh Jalāluddin Dalam Kitab Bidāyat Al-Hidāyah Ibn al-Faqih Jalaluddin Muhammad Zain --Bidayat al-hidayah--Malay Archipelago |
Issue Date: | 10-Jun-2013 |
Description: | Shaykh Muhammad Zayn bin al-Faqīh Jalāluddin salah seorang ulama Nusantara di dalam bidang akidah. Beliau telah menghasilkan beberapa karya yang menyentuh secara khusus mengenai disiplin ilmu akidah seperti Hīdāyat al-ᶜAwām , ᶜIlmu Tawhid, dan Bidāyat al-Hīdāyah. Kitab Bidāyat al-Hīdāyah merupakan kitab beliau yang berpengaruh dan masih digunakan sehingga sekarang di pusat pengajian formal dan tidak formal berbanding kitab-kitab akidah lain. Namun tidak ramai yang mengetahui ketokohan beliau sebagai tokoh ulama akidah di nusantara. Oleh itu, kajian ini penting untuk mengkaji latar belakang dan pemikiran akidah Shaykh Muhammad Zayn secara terperinci khususnya berkaitan dengan persoalan ketuhanan. Objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan Shaykh Muhammad Zayn sebagai seorang tokoh ulama dan menganalis pemikiran beliau serta pendekatan dan metode yang digunakan dalam menyelesaikan isu-isu akidah ketuhanan di dalam kitab Bidāyat al-Hīdāyah. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif dengan memberikan fokus kepada metode analisis kandungan yang terdiri daripada analisis dan tafsiran pemikiran akidah ketuhanan yang terdapat di dalam kitab Bidāyat al-Hīdāyahh dan kitab-kitab akidah karangan ulama lain yang membincangkan mengenai akidah ketuhanan. Dapatan kajian menunjukkan Shaykh Muhammad Zayn merupakan seorang ulama yang berkebolehan dan menguasai dalam bidang akidah. Beliau merupakan antara ulama terawal yang menterjemah dan menghurai matan Umm al-Barāhin dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa beliau sangat kuat berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan mengambil pendekatan yang sederhana terutama dalam isu-isu yang berlaku khilaf dikalangan ulama Kalam. Manakala dari segi pemikiran, beliau terpengaruh dengan aliran yang dibawa oleh Imam al-Sanūsī yang merupakan ulama muta’ākhirīn al-Ashāᶜirah. .,Master |
Pages: | 126 |
Call Number: | BP80.I336 .M844 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74966+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.