Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458859
Title: | Aplikasi kaedah fiqh dalam fatwa di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan |
Authors: | Abdullah Abdol Razak (P50541) |
Supervisor: | Abdul Basir Bin Mohamad, Prof. Dr. |
Keywords: | Kaedah fiqh dalam fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Islamic law -- Interpretation and construction |
Issue Date: | 1-Dec-2013 |
Description: | Permasalahan yang baru timbul dalam masyarakat menyebabkan para ulama bertungkus-lumus mengkaji permasalahan tersebut dari pelbagai sudut sebelum mengeluarkan hukum-hakam. Pengeluaran fatwa berdasarkan al-Quran dan Sunnah sudah cukup jelas untuk meyakinkan masyarakat berkenaan fatwa yang telah dikeluarkan. Bagaimanapun kupasan yang lebih mendalam dengan menghuraikan aplikasi kaedah fiqh dalam pengeluaran fatwa tersebut lebih mendatangkan kekuatan dan keyakinan kepada ahli ilmu dan masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi kaedah fiqh yang digunakan oleh Jabatan Mufti kerajaan Negeri Sembilan dalam mengeluarkan sesuatu fatwa yang telah diwartakan oleh mereka. Sehubungan itu, objektif kajian yang ingin dicapai ialah sejauh mana penggunaan dan kesesuaian kaedah fiqh dalam mengistinbatkan sesuatu fatwa di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan metode kajian berbentuk kualitatif, di mana rekabentuk kajian yang dipilih ialah analisis kandungan untuk mengkaji kategori, konsep, gambaran, ciri, dan tafsiran sesuatu data. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen yang disimpan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Manakala analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 17 kaedah fiqh telah digunakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam mengeluarkan fatwa, tiga ialah kaedah fiqh asas dan selebihnya ialah kaedah fiqh furuk dengan sesetengah masalah menggunakan lebih dari satu kaedah fiqh. Walau bagaimanapun, didapati jumlah fatwa yang diwartakan terlampau sedikit untuk satu tempoh yang lama. Begitu juga, setiap fatwa yang diwartakan tidak disertakan sekali dengan penjelasan yang terperinci yang memungkinkan orang ramai mempertikaikan sesuatu fatwa tersebut. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang rapat antara kaedah fiqh dengan proses pengeluaran fatwa oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Implikasi daripada kajian ini, kaedah fiqh merupakan salah satu sumber rujukan dalam pengeluaran fatwa selain al-Quran dan sunnah. Maka setiap fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan perlulah dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada keraguan dan pertikaian.,Master/Sarjana |
Pages: | 130 |
Call Number: | BP144.A234 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74684+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.