Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458857
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Faisal Ashaari-
dc.contributor.authorLily Yaakub (P53059)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:34:51Z-
dc.date.available2023-09-13T07:34:51Z-
dc.date.issued2013-12-26-
dc.identifier.otherukmvital:74669-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458857-
dc.descriptionDinamisme internet hari ini telah membuka ruang perbincangan tentang Islam seluasluasnya kepada semua pihak sama ada berautoriti atau tidak. Namun, medium yang terbuka ini sepatutnya mencetuskan satu pola perbincangan Islam di alam siber bagi memperkukuhkan lagi kefahaman dan pelaksanaan Islam sesuai dengan kehendak semasa berdasarkan kepada perkongsian bijak antara pengguna yang berautoriti dan sebaliknya di dalam sesebuah kumpulan perbincangan maya. Secara umum, kajian ini bertujuan mengkaji pola perbincangan tentang Islam dalam dua forum maya yang dipilih sebagai sampel kajian iaitu al-fikrah.net dan halaqah.net. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis perbincangan, mengkaji isu-isu yang menguasai perbincangan serta menganalisis peranan ahli al-fikrah.net dan halaqah.net dalam setiap 'thread'. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif, berbentuk penerokaan dengan menggunakan metode analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan 'jenis perbincangan perkongsian idea dan maklumat' merupakan jenis perbincangan yang banyak berlaku di kedua-dua laman ini iaitu sebanyak 38.9 peratus di al-fikrah.net dan 40 peratus di halaqah.net berbanding jenis perbincangan yang lain. Topik yang berkaitan dengan isu-isu semasa merupakan topik yang mendominasi ruang perbincangan di al-fikrah.net, manakala di halaqah.net ialah topik fiqh, al-Quran dan hadis. Kajian ini juga mendapati ahli-ahli komuniti alfikrah. net dan halaqah.net memainkan peranan yang berbeza iaitu peranan positif dan negatif sepanjang perbincangan itu berlaku. Kajian ini juga menunjukkan pola perbincangan Islam di kedua-dua laman ini hampir sama dengan laman-laman perbincangan Islam yang lain serta kewujudannya telah menyemarakkan perkongsian ilmu dan maklumat, pengukuhan hubungan sesama orang Islam yang sangat baik serta medium yang berkesan dalam penyampaian dakwah. Sumbangan kajian ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penggunaan alam siber sebagai ruang wacana Islam yang sangat kondusif dan dinamik dalam bidang teknologi komunikasi Islam.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslam-
dc.subjectAlam siber-
dc.subjectKes al-fikrah.net-
dc.subjectHalaqah.net-
dc.subjectElectronic discussion groups-
dc.titlePola perbincangan Islam di alam siber : kajian kes al-fikrah.net dan halaqah.net-
dc.typetheses-
dc.format.pages104-
dc.identifier.callnoZA4480.L535 2013 tesis-
dc.identifier.barcode000823-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74669+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.